13hb Nov 2010. Aku ada pertandingan futsal peringkat Parlimen Dungun. Minggu lepas dah main di peringkat Dun. 4 pasukan teratas akan mewakili setiap Dun bertanding di Parlimen. Tapi awal2 aku bagitahu kat sini, aku takde kena mengena langsung sebagai salah seorang pemain esok melainkan sebagai salah seorang urusetia yg tak setia saje. Janji dpt tshirt sponsor. Ops! aku takde niat mcm tu. Takde hadapnya aku pada tshirt dengan warna bukan kegemaran. Macam takde warna lain. Tak setia pada mulut aku ialah, mungkin aku tak akan berfungsi sepenuhnya sebagai urusetia sebaliknya tukang buat kacau di luar court.
Sempena pertandingan ini aku berhajat nk tunjukkan kreativiti yg aku ciplak hasil dari pemantauan semasa menonton konsert AF6 beberapa tahun dulu sebagai tanda penyokong dan sokongan. Aku telah siap sedia dgn segala bahan2 yang diperlukan utk menghasilkan kraf yg boleh tahan cun aku kira. Tapi apakan daya, disebabkan tangan aku yg tak berseni, maka hasilnya tidak secun mcm yg aku tgk dlm tb malah ia lebih kurang hasil kerja budak tadika saja. Oleh yg demikian, aku buat keputusan utk tidak menonjolkan kerja tangan aku itu dikhalayak umum, bimbang akan dieksploitasi oleh org2 yg tidak bertanggungjawab dan bakal menjatuhkan reputasi aku. Tapi aku berjanji, aku akan perbaiki atau pendek kata; aku buat balik yg baru. Lepas tu, baru aku tonjolkan dikhalayak pada apa2 jua pertandingan yg melibatkan Dun.
Kerja menjadi pengacau di luar court memerlukan stamina dan daya tahan mental, fizikal dan emosi yg tinggi. Aku mungkin kena serang balas akibat cuba menimbulkan provokasi antara team yg bertanding dan boleh jadi sebaliknya. Apa2 pun, aku harap aku dpt snap gambor byk2 terutama muka aku sendiri.
2 ulasan:
Mengecam zura kerana kacau orang nak main futsal
mengecam fndrocka kerana tidak faham tugas2 sebenar seornag urusetia futsal!
Catat Ulasan