Kalau dikira-kira dari tarikh last entry aku, baru je 10 hari aku tak post sebarang entry. Kalau nk dibandingkan dgn Poyotitos, lagi lama budak tu biarkan blog dia tanpa belaian dan kasih sayang. Beliau sejak dua menjak ni lebih gemar melayan pompuan2 di fesbuk sambil "mengecam" serta "mengelike" sesama sendiri di sana. Apa nak jadi budak2 sekarang.. Oh! Berbalik kepada cerita asal aku. Walaupun baru 10 hari aku tak tulis entry baru tapi bukan main lama aje aku rasa. Macam 10 bulan pulak. Sedangkan 10 hari tu apalah sangat. Cuma seminggu lebih 3 hari. Erm..betul lah kan? Seminggu ada 7 hari + 3 hari. Yes!
Jadi, apa yg aku nak kongsikan di sini ialah, aku cuma nk bagitau yg aku dh post entry ni walaupun macam takde pape je. Tapi pada aku ia adalah sesuatu yg amat bermakna kerana aku telah berjaya mengepos entry baru untuk ke sekian kalinya. Takde lah. Jas Kiding! I ada story nk share dgn u ol sebenornye...
Skrg aku masih di kampung setelah tiba pada Selasa lepas. Agak lama juga aku dan family melepakkan diri di kampung kali ini. Ia adalah berikutan spirit masing-masing yg menebal nk merilis tensyen. Tambahan, abah aku yg perlu menghadiri kursus di B.B. Cuti kali ini amat menerujakan sbb dipenuhi aktiviti yg berfaedah dan juga sebaliknya. Antara aktiviti yg berfaedah yg aku lakukan setakat ini ialah mengadakan lawatan ke rumah sedara mara, bertemu kawan-kawan lama yg dah lama sgt tak berjumpa, membawa mak aku shopping ala kadar di Nilai 3 (mcm takde tmpt lain), mengunjungi Pameran MAHA2010 dan melayan kerenah anak buah aku yg boleh tahan dot dot dot. Manakala aktiviti yg kurang berfaedah yg aku lakukan pula ialah tidur sepanjang petang, pergi ke pantai Morib di waktu tghari buta time org nk makan nasik dan berkaroks hingga jam 2 pagi. Tapi aku nk masukkan aktiviti berkaroks itu sbg aktiviti yg berfaedah jugak sbb ia adalah aktiviti bersama kawan-kawan disamping mereka meraikan aku, aku meraikan besday seorang kawan malahan aktiviti itu mmg kemahuan aku tanpa dipaksa oleh sesiapa hatta mak aku sekalipun. Cuma aku berterima kasih kepada mak sbb benarkan aku keluar dan pulang awal pagi. Kalau kat Dungun, takdo nk buat camni yo!
Tinggal 2 hari lagi utk pulang dan seterusnya menjalankan tugas seperti biasa. Arghhh! Rasa cam nak benti keje jer..boleh? Keh keh keh!
6 ulasan:
sapa lak yg poyo??
Itu.. ko pergi ke Blog separa normal kat Senarai blog kat tepi ni -->
apa lah yg kau merepek ni zura...
salam
layan pos lu petang petang ni ok gak
zam - merepek? ermm.. tu belum aku ajak mari merepek lagi tu!
brutalsolo - lain kali kalo lu free layan la lagi, jgn segan2...gua tak kutip yuran pun
Catat Ulasan