Oh! Sedar tak sedar, dah dua tahun 5 bulan gua berblogging. Boleh tahan lama jugak gua menulis belog ni, kan? Agak2 gua, kalau gua kawin, anak gua juga dah ada dua. Setahun sorang. Wah! Giler pantas gua. Subur pun iye juga. Okeh, kembali kepada point utama gua. Gua cuma nak war-warkan di sini bahawa sebenarnya ini adalah entry yang ke-200 gua selama gua berblogging selama dua tahun 5 bulan ini. Walaupun belog gua ini adalah belog amatur yang mana mendapat liputan hanya di kalangan kawan-kawan rapat gua saja; bukan TV3, ASTRO mahupun Hanis Zalikha (glamer betul pompuan nih) namun gua tetap berterima kasih kepada mereka-mereka yang lain yang sudi membuat blogwalking ke belog gua ini.
Apa yang boleh gua katakan di sini ialah gua mendapat kepuasan apabila menulis di blog. Ya, kerana ini adalah blog peribadi gua, jadi tentunya gua menulis mengikut keselesaan dan perasaan gua saja. Pedulik hape gua dengan orang lain?! Err..maaf. Gua teremosi. Maksud gua, kalau lu orang suka baca, lu orang dialu-alukan membaca dan tinggalkan komen. Tapi kalau sebaliknya, terpulanglah pada lu orang utk terus stay atau jgn dtg sini lagi. Tapi kalau lu orang datang, gua teramatlah suka sebenarnya... Iye la, dah org dtg melawat sapa yg tak suka, iye dok? Keh keh keh!
Mula-mula gua berbelog dulu, mmg gua byk tulis pasal diri gua, apa yang berlaku dalam kehidupan gua, perasaan gua. Kesah gua fras, terperasan pun gua tulis kat sini gak, tapi jgn harap lu orang nak baca lagi pasal gua dah dilit entry2 yg kurang menaikkan spririt gua. Pendek kata, blog ini ibarat diari gua. Ceh! Sumpah, dulu gua tak suka pun tulis-tulis diari. Alasan gua, sebab diari gua selalu dicerobohi. Tapi semakin lama gua berblog, ditambah dengan hasil pemerhatian dan pembacaan gua sewaktu melakukan blogwalking di blog blogger2 lain dan sebagainya, gua mulai mengubah sedikit demi sedikit corak penulisan gua. Kini, ia lebih terbuka dan tidak terhad kepada kisah diri gua yg boring saja. Sape pulok yg nak baca, kan?!
Kini, aktiviti berblogging menjadi salah satu aktiviti penting gua selain menonton movie dan mengasah suara. Fesbuk tu dah jatuh yang ke berapa dah pasal gua rasa mcm kurang menarik bila gua sorang2 aje yg online.
Okeh. Gua ingin mengambil kesempatan utk ucapkan terima kasih kepada semua yg sudi dan pernah singgah di blog gua.
p/s : Dem! Gua masih belum start lagi menulis cerpen. Idea..marilah dikau....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan