MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Disember 25, 2010

Padan muka makcik gemuk!

Hai! Nama saya Nudin. Umur saya 7 tahun. Saya anak tunggal papa dan mama saya. Hari ini saya nak ceritakan kisah saya berjalan-jalan dengan papa di Kuala Lumpur.

Pada suatu hari, saya berpeluang mengikuti papa berjalan-jalan membuang masa di kota Kuala Lumpur. Sebenarnya sepanjang usia saya 7 tahun, ini adalah pertama kali papa mahu bawa saya berjalan-jalan. Selalunya, beliau lebih suka berjalan bersendirian atau bersama mama. Saya langsung ditinggalkan di rumah bersama pembantu rumah atau saya panggil pembantu rumah kami itu bibik. Bibik ini orang Indonesia kalau anda mahu tahu. Saya suka sama pelakon yang bernama Marshanda. Dia pelakon Indonesia.

Hari ini, papa bawa saya berjalan banyak tempat sampai lenguh kaki saya berjalan ikut papa tanpa tujuan dan arah hidup. Dari rumah kami naik teksi, tapi apabila sampai di tepi satu padang besar yang di depannya ada bangunan ada jam besar papa cakap kami kena jalan kaki. Beliau mahu jimat wang untuk tambang balik nanti. Sungguh sengkek papa tapi masih ada hati mahu pergi bawa saya berjalan-jalan.

Papa bawa saya berjalan-jalan di tempat bernama Cokit dan Jalan Petaling. Di situ saya lihat papa banyak beli barang2 yang jenama mahal tapi bayar murah. Sungguh pandai papa beli barang2 itu. Kawan saya pernah tunjuk pada saya barang yang ayah beliau beli tapi harganya mahal. Papa saya lebih untung, kan?

Sedang kami jalan-jalan, tiba-tiba saya merasa mahu buang air besar. saya beritahu papa. papa segera bawa saya ke suatu tempat yang bertulis TANDAS AWAM. Papa cakap, dia pun mahu buang air besar juga. Di situ, saya lihat ada seorang makcik gemuk duduk di meja. Atas meja ada tanda tertulis RM1. Saya fikir makcik itu mungkin menjual dirinya dengan harga yang rendah seperti itu. Tapi tekaan saya salah. Rupanya makcik gemuk itu penjaga tandas. Mukanya bengis.

"Berapa sorang makcik?", papa bertanya kepada makcik itu. Papa saya kadang-kadang bodoh juga. Sudah ditulis tapi masih mahu bertanya.

"Singgit la! Tak nampak ke?!", jawab makcik gemuk dengan garang. Saya jadi takut sehingga najis saya sudah tidak tahan lagi mahu keluar akibat disergah oleh makcik bermuka bengis itu.

"Mahal sgt, tak boleh kurang ke makcik?", papa buat bodoh lagi.

"Takde kuran-kurang! Tak nak bayar, korang boleh blah!", jawab makcik gemuk bermuka bengis dengan eksen sekali.

Papa memandang saya yang sumpah kelihatan mahu buang air besar dalam seluar.

"Ok! Ok! Singgit pun singgit lah!". papa hulurkan duit kertas dua hinggit.

"Singgit sorang pun tak mampu bayar!", makcik gemuk bersuara lagi walaupun papa saya sudah beri dia duit. Memang nak kena makcik gemuk bermuka bengis itu.

Selesai membuang, saya dan papa meninggalkan tandas awam itu sambil tergelak-gelak. Korang tahu apa kami buat?







p/s - Terima kasih Chang utk idea.

6 ulasan:

faiq berkata...

oi..keje x senonoh ni

-MsGoodNite- berkata...

iye la...ish! ish! ish! mmg tak senonoh

Zampeada berkata...

isk isk... miss goodnite... tak baik!

akuPM berkata...

ceh zura, citer taik besepah plak..ni baru busukkk...hahaha cube ko wt citer wangi sket beb hehe

-MsGoodNite- berkata...

haiza - okeh2.. lepas ni aku buat citer wangi spesel utk ko..

akuPM berkata...

hahahah harus beb, sebab aku yg wangi2 sajer hehehe