MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Disember 27, 2010

Kalau Lu Orang Berani Ke?

Nama gua Tommy. Sejak gua dilahirkan, gua tak berapa nak ingat apa mak gua panggil gua. Tapi lepas gua dah pandai berjalan, mata gua dah tak bertahi, walaupun masih nyonyot susu mak gua, gua dipanggil nama Tommy. Steady juga nama tu. Gua rasa lebih segak dan macho, apatah lagi gua cukup-cukup digilai oleh anak-anak jiran. Gua saja buat jual mahal, tapi pesen diorang ni tak tahu malu agaknya. Selamba aje skodeng-skodeng gua, suwit-suwit gua. Nak ngorat la tuh!

Suatu hari selepas lunch, gua seperti biasa akan melepakkan diri di beranda rumah. Sambil amik angin, sambil pekena Dunhill sepam dua. Dalam duk syok-syok gua menyandar, tiba-tiba perut gua memulas. Bagaikan dah tak boleh ditahan-tahan, rasa macam nak memerut kat situ gak. Gua tak tunggu lama, terus bergegas untuk membuang air besar. Apabila gua dah pastikan kedudukan gua selesa, gua bersedia untuk melepaskan bahan kumbahan yang  seperti tidak sabar-sabar untuk keluar. Ahhh! Keluar sikit. Tapi masih belum puas. Perut gua masih bergelora mahu melepaskan isinya. Gua cuba meneran tapi tak lebih-lebih pasal takut terkena buasir, gua juga yang susah.

Tiba-tiba gua perasan ada orang memerhatikan gua. Terbantut usaha gua dalam menyelesaikan urusan fitrah hidup. Cilake! Nak kena ketumbit agaknya dia nih?!

"Apa hal lu tengok-tengok? Tak pernah tengok kucing berak ke?" Gua sound sedas. Biar dia reti sket menghormati privasi seekor kucing seperti gua.

"Yang ko berak atas kereta aku apahal, setan???!!" Dush! Satu tendangan padu tepat ke perut gua. Senak.

8 ulasan:

Zampeada berkata...

tak pasai2 kena tibai...

-MsGoodNite- berkata...

huhuhu...

akuPM berkata...

hahaha kucing lu xmalu beb, suh die bayar singgit la masuk toilet makcik gemuk tu..hehe

Brader Black berkata...

Cilake!
Entri pesen lelaki.

Kucing mana hisap Dunhill. Kucing lagi berat ke ngisap John.

-MsGoodNite- berkata...

haiza - gua tak penah bagi dia duit belanja.

remy ishak - John penyebab poyotitos demam, Tommy seekor kucing yg utamakan kesihatan.

akuPM berkata...

so from now on, lu kene stat kasik die duit belanjer..sbb die xdpt bezekan mane 1 kete tuan die heheheh

Anonymous berkata...

gue gelak sakit perut pasal kucing lu isap dunhil...MUAHAHAHAHAHAHAAA!!!

Tanpa Nama berkata...

aku terkesimaaaaa....