Agak lama gua tidak menulis berkenaan sukan yg gua minat nih. Terakhir ialah perlawanan La Liga yang melibatkan BARCELONA dan Real Madrid di mana kemenangan memihak kepada Barca 5-0. Tapi bukan kisah Barca yg gua nak cerita. Tinggalkan dulu BPL dan La Liga. Sekarang masa untuk kemahsyuran negara. Kejayaan di AFF Suzuki Cup 2010.
Terus terang gua ckp, Liga M gua tak penah folo kecuali bila final. Tapi bila melibatkan pasukan negara mesti gua folo punye la. Erm... Memang pelik bila ada dua kali perlawanan akhir dalam pertandingan bola sepak. Tapi utk AFF, ia perkara biasa. Erm...kita mula 1st leg di SNBJ pada 26hb lepas. Sangat-sangat megharukan apabila pasukan negara berjaya menewaskan Indonesia 3-0 dengan dua jaringan dari Incik Safee Sali dan satu gol dari Ashaari. Ia merupakan momen-momen yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh 80k org penyokong negara di NSBJ. Itu belum dikira dengan jerit pekik penyokong di rumah dan di kedai-kedai mamak termasuk gua. Semuanya teruja dan bersemangat utk melihat kemenangan Harimau Malaya.
Norshahrul Idlan mmg paling best malam itu. Teknik dan gelecek yang menjadi, mampu untuk memperdayakan lawan. Walaupon ada hati nak tiru mcm Ronaldo tapi tak berapa nak jadi, gua tetap salut beliau dan gua letakkan pengantin baru ini sbg pemain terbaik perlawanan itu. Dari tepi beliau dapat mengumpan bola untuk disudahkan oleh Safee dan Ashaari. Kemasukan Ashaari bagi menggantikan Amirulhadi yang nampak lemah utk menyerang berjaya membuahkan hasil apabila membantu menyumbangkan gol. Akhirnya Malaysia berjaya ke Indonesia dengan bekalan 3-0.
2nd leg di Jakarta sedikit sebanyak mengundang tekanan kepada pemain negara. Maklum le terpaksa berdepan ribuan penyokong Indonesia yang mana gua tak nampak langsung kelibat penyokong Malaysia. Kalau ada pun gua ingat, diaorang sembunyi-sembunyi kot.. takut kena ganyang!
Separuh masa pertama, kedua pasukan terikat tanpa jaringan sedikit sebanyak melegakan kerana hanya berbaki 90 minit lagi untuk pasukan negara bertahan. Jaringan cantik Safee sebagai penghangat suasana sedikit sebanyak mengulitkan perasaan gua, rasa mcm nk jatuh cinta. Rasa aje, bukan sungguh2 pun. Dalam keadaan yg siyes gua masih tetap memandang beberapa pemain di padang yg buat gua gelak. Mohd Sabre Abu yang nampak sangat2 'berat" utk berlari mengejar bola. Lu kena turunkan berat badan, gua ingat! Ashaari juga yang macam slow dan Kuna yg nampak "lembik". Sorry kalau gua silap, itu cuma di pandangan mata gua aje. Gua tau, lu org lebih arif menilai mereka.
Papehal pun, diorang dah main dengan sangat baik. Gua letakkan Khairul fahmi sebagai pemain terbaik mlm ni walopun diorg pilih Firman (Cptn Indonesia) sbg pemain paling bernilai. Mesti kembag semangkuk makwe Fahmi, kan?! hahaha... Budak-budak ni dah berjaya buktikan kepada semua penyokong-penyokong Indonesia bahawa Malaysia mmg layak menang. Gua pun dah mimpi dulu. Mimpi Malaysia akan bawak balik Piala Suzuki. Gua tak guna dukun, gua nujum je..! Tahniah Harimau Malaya! Tahniah juga kepada semua penyokong Malaysia yang menyokong dengan semangat tidak berbelah bagi.
Pagi-pagi makan Meggi
Sbb di dapur itu saje yg ada
Timnas Indonesia gigit jari
Malaysia bawa balik piala!
4 ulasan:
agak dah.. mesti ada entri ni. esok cuti ya dik... jgn tidur lagi.
tahniah kepada pengulas sukan kat blog2 neh...huhu
zam - kami carry forward hari ahad. :). Tak sia2 tweet najib..hahah
haiza - kah kah kah!
sgt bangga ngn skuad Harimau Malaya~!
Catat Ulasan