MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Disember 21, 2010

Parking Haram

Exam sepatutnya habis jam 12.10 tghari tapi gua kuar jam 11.30 pagi. Kena ke tak kena? Lantak lah. Gua dah jawab sebaik mungkin, tenang dan yakin sama mcm Sunday punya paper sampai lenguh tangan gua dibuatnya. Masuk kereta terus gua pecut ke bandar. Tujuan gua nak pi bayar installment kereta. Kalau ikut hati nak aje gua drive terus balik rumah, maklum la time2 salji tebal adalah amat tidak bagus memandu kerana boleh mengundang bahaya. Sedangkan match BPL antara Man Utd dgn Chelsea pun buleh postponed, inikan pulak gua yg memandu kereta di jalan raya. Tambahan pula tahap penglihatan gua agak kabur waktu cuaca sejuk bersalji mcm ni.

Gua cuba mencari parking free. Jangan harap, mana ada parking free skrg, sume kena bayar. Oh! Maaf, maksud gua, parking kosong. Tapi haram.. siap bertindih lagi diorg duk parkir kereta masing-masing. Ini kalau tergesek ni, mahu menangis sampai tahun depan. Parking bermeter semuanya penuh. Dua kali gua round. Kalau ada pun, dah ada pulak yang stenbai tunggu nak masuk aje. Gua pusing lagi.

Kali ni gua masuk parking tiket pulak. Nasib baik time gua nak masuk gate, mamat tu dah angkat sign "PENUH". Maknanye ada kosong la tuh. Dpt tiket (tulis manual, bai) gua gerak masuk dalam, slow. Tiga kali pusing mcm haram gua nk dapat parking kosong. Jam dah tunjuk kul 1. Perut gua pun dah lapar, dengan salji makin tebal turun. Gua berenti dekat post bayar.

"Dua ringgit, dik!"

"Tak parking pun kena bayar ke?"

"Ni tiket tulis 11.06 minit"

"Saya parking pun belum, cik kak. Tiga kali pusing, tak dapat2 parkingnye, nak bayar pebenda?!"

"Oh! tak dpt parking lagi ye?! agaknya budak kat depan salah tulis la kot. Takpe la, tak payah bayar".

Gua ingat muka tensyen gua berjaya buat kakak tu simpati pada gua. Tapi siyes beb, gua mmg tak dapat parking pun. Langsung gua drive terus balik ke Dungun dalam salji tebal sepanjang jalan. Brrrr....

4 ulasan:

Qaery berkata...

isk... salji tebal...ada bawa shovel tak?

- GC - berkata...

mahal gila parking! baik naik bas lepas ni woi. haha

Heidi Shafiq berkata...

uh.. aku x suke kene byr parking..

-MsGoodNite- berkata...

Ery - shovel menshovel keje org lain. I drive aje.. keh keh keh!

GC - Mmg pun tp gua tak tahan kena himpit la... hahahaha

Heidi Shafiq - dah tu, nk wat camne, der...