Ah! Lemah juga pemikiran gua bila berbicara soal cinta. Adakah normal dalam kes-kes perasaan seperti ini bila ia boleh mengundang rasa gembira dan bahagia, kemudian rasa kecewa dan sakit hati?
Gua mengaku gua mmg punya pengalaman berpacaran - cewaah!. Tapi gua ingat sepanjang eddah gua berkapel itu selalunya tidak terkesan di hati gua. Atau lebih mudah gua katakan di sini, perasaan yang tidak sampai ke dalam ( hati daa..). Gua tak pasti ia boleh dikategorikan sebagai cinta monyet juga walaupun gua bukan lagi budak sekolah. Dalam kes ini gua selalunya berkapel tak sampai setahun, paling lama 6 bulan. Okeh. Gua up sket, 8 bulan cam gitu. Lepas tu, gua akan dumped dia atau gua yg kena dumped. Gua tak rasa sedih apatah lagi nak kecik hati. Bagi gua, itu semua takde jodoh la kot! Tapi gua bukan playgirl okay, pasal gua bukan gadis cun.
Tapi sejak akhir2 ini ego gua mula menipis macam kulit telur. Gua pun tak tahu apesal gua buleh jadi tahap jiwang karat sampai mcm ni sbb gua bukanlah spesis yang macam tu. Mungkin gua seorang yg kadangkala sensitif tapi gua bukan jiwang punya jiwa. Mungkin juga faktor usia yang membuatkan gua jadi mcm ni. Oh! gua dah byk umur rupanya. Baru gua perasan.
Baru-baru ini hati gua telah dicuri oleh seorang lelaki, menyebabkan gua jadi angau semacam. Bahagia dah tentu2 lah. Nasib baik gua masih waras, jadi makan kenyang dan tidur lena. Walaupun si dia jauh di mata gua, tp tetap dekat di hati. Fesbuk, sms dan koling2 la jadi pengganti. Status kat wall fesbuk gua pun bukan main berbunga-bunga aje. Bunganya sama kembang je dengan bunga dalam hati gua. Sudah agak lama juga gua tak mempunyai perasaan seperti ini sejak boipren gua yang masa gua umur 22 tahun. Tapi sayang, gua tak lama kawan ngan dia sbb gua kurang berkenan cara atau attitude dia. Yang lain, mcm gua ckp td la.. tak terkesan dihati. Atau juga gua mmg saje malas nak ingat kerana menyakitkan hati. Apa yang gua merepek ni?
Okeh, berbalik kepada masalah skrg... dalam duk syok2 gua bahagia tetiba badai melanda. Gua ingat ia mmg normal. Tapi gua tak tahan sebab konfrantasi yang berlaku membuatkan gua tak boleh nak buat kerja. Gua cuti satu hari, mc 1 hari. Hebat sungguh penangan cinta gua kali ni. Semuanya gara-gara gua. Mmg gua salah sebab gua sudah bohong sama beliau. So, beliau cop gua tak jujur. Bila dah kena cop mcm tu dah tentu2 la gua rasa mcm kena rejekshop je. Sms, call gua semua beliau tak jawab. Gua tak pernah kena macam tu, so baru la gua tahu mcm mana perasaan org2 yang frust tertonggeng.
Kalo sebelum ni gua selalu kutuk kawan2 gua yang jiwang, yang lembik bila gaduh dgn pakwe atau putus cinta tapi bila kena kat batang hidung gua sendiri gua jadi tak berani nak cerita kat sesapa sampai la gua tulis entry ini. Memang menyakitkan bila kena rejekshop, kan? Ah! tapi gua tak fikir gua kena rejek sbb gua tahu boipren gua syg kat gua. Itu gua jamin. Cuma gua tak tahu nk buktikan kat lu org mcm mana. Sebab itu, gua dengan muka tak malu tidak berputus asa keep on sms dan call walaupun hasilnya sangat menghampakan.
Lu orang jangan tanya tentang air mata. Gua malas nak citer lebih kat sini. Kalo dah gua cakap cuti keje dan mc tu, so faham2 sendiri la. Sampai satu hari gua call lagi dan dia jawab tapi tak bercakap. Gua ibarat mcm berckp dengan dinding dlm tepon minta maaf. Haram. Gua dah berkira-kira nak letak tepon sebab dah timing bape minit nak cakap takut kredit abis, dia boleh sound gua jgn tepon2 dan sms lagi sbb dia dah nk tukar no fon. Peh! Mmg macam haram.
Esoknya, gua cuma sms skali minta dia jgn tukar no fon. Lepas tu gua takde la nak call or sms lagi. Gua takut, mungkin perbuatan tak malu gua itu boleh mengundang kebosanan beliau dan betul2 tukar no fon. Tapi gua tak boleh tahan jugak! Sekali sehari mesti gua akan sms rindu kat beliau. Respon? jangan harap.
Sebelum ni (masa gua tgh2 sawan kena rejekshop) gua tak pernah fikir kalo setiap yg berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian. Sumpah! Gua tak fikir dan gua tak mahu fikir tentang itu sbb gua igt gua deserve utk dpt kebahagiaan yang gua kecapi masa tu. Jahil juga gua ni kadang2. Tapi alhamdulillah, tuhan tidak akan biarkan hambanya selalu dalam kesulitan. Tiba-tiba gua dapat cahaya dalam fikiran gua, supaya gua lebih waras. Berfikir lebih rasional dan penuh kedewasaan. Cewaah lagi!
Ditambah dengan status yang dipost oleh seorang teman gua, walaupun sukar, pahit dan berat utk terima tapi apa yg dinyatakan itu benar. Gua harus berterima kasih pada teman gua itu kerana sekurang2nya apa yg dipostkan tambah semangat lagi pada gua. Gua taknak lagi berharap cuma, mohon dimaafkan atas ketelanjuran gua kerana tidak berlaku jujur. Adapun gua terpaksa demi menjaga hati. Bukan gua saje2. Bohong sunat kata orang.
Tapi kata org, unexpected thing boleh berlaku. Hari ini unsangkarable gua telah dihubungi oleh boipren gua. Gua selalu juga mengharapkan keajaiban. Mungkin inilah dia keajaiban itu. Memang gua hepi. Namun masih terkesan di hati gua bila dicop pembohong, penipu dan tidak jujur. Apatah lagi org yang mengeluarkan cop sirim itu ialah org yg gua syg. Aduh! Gua rasa nak terajang diri gua sendiri camne gua boleh bohong pada beliau ketika itu.
Dan seacara jujurnya sekarang gua mahu beritahu kalo hati gua benar2 sakit bila di kata begitu. Beliau masih lagi menyebut perkara yang sama walaupun mula2 tadi cakap dah maafkan gua. Persoalannya sekarang, gua kena buat apa? Perasaan gua 50-50 nih. Ni lah salah satu sbb gua malas betul nak bermain cinta, bermain perasaan. BENCInta lagi bagus la.
2 ulasan:
yg mana lebihnya ni zura... benci ke cinta? ewah...
Keh keh keh!
camne nk jwb yer? hehe
Catat Ulasan