MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Jumaat, Januari 07, 2011

Cerpen - Biarkan Ia Pergi

Biarkan Ia Pergi


mengapa kau pergi
mengapa kau kecewakan
mengapa kau hancuri
mengapa kau menghinakan

mengapa kau sakiti
mengapa kau melukakan
mengapa kau memberi
mengapa kau melupakan

mengapa kau akhiri
mengapa kau memulakan
dengan getaran jiwa kukemukakan
pertanyaan


Lagu yang menjadi siulan dan ikutan. Tetapi lagu itu juga yang mengundang kekecewaan kepada Suriya. Ya, kebahagiaan yang dibina bersama Faris dahulu bermula dari kosong. Susah senang Suriya rela bersama demi sebuah cinta dan rumahtangga. Namun, panas tidak sampai ke petang. Ajal, maut, jodoh, pertemuan di tangan Tuhan. Suriya redha dengan kehidupannya kini. Walaupun berkali-kali Faris menghubunginya untuk rujuk semula tetapi dia tetap dengan keputusannya. Sekali terluka, takkan dibiarkan hatinya terus terluka.


*****


“I ingat nak buat loan, kita bukak bisnes. Apa pendapat you?”, Faris menyuarakan hasrat hati kepada isterinya yang sibuk melayan anak. Suriya sedang menyiapkan anak kecilnya yang baru selesai mandi. Along begitu asyik menonton televisyen di sofa bersebelahan papanya. Sesekali dia kelihatan ketawa sendirian. Mungkin ada yang lucu ditontonnya.

“You kan dah banyak buat loan. Mampu ke you nak jelaskan semua loan you tu nanti? Kalau I kerja, boleh la tolong-tolong cover mana yang patut”, jawab Suriya sambil memandang suaminya. Dia sememangnya tidak bersetuju jika Faris mahu menambah hutang. Kelak akan menyusahkan diri sendiri.

“Alah you ni! I buat ni pun untuk masa depan famili kita jugak. Loan tu kita buat bisnes. Boleh la rolling untuk bayar balik loan. Apa yang susahnye?!”

“Iye la. Kalau bisnes you tu okeh, kalau tak, macam mana?!”


“Apa la you ni, yang? Belum apa-apa lagi you dah give up, dah fikir negatif. Cuba fikir ke depan sikit. Kita buat la bisnes yang orang jarang buat. I dah nampak what type of bussiness yang kita boleh buat. Kita bukak pet shop, macam mana?”


Suriya hanya diam. Dia tahu, walau dibangkang sekalipun cadangan Faris, pasti akan ada hujah-hujah lain yang akan digunakan untuk mengukuhkan cadangannya itu. Alih-alih Suriya mengalah. Diturutkan saja kata suaminya. Asalkan suaminya puas hati dan tidak bermasam muka dengannya dan anak-anak. Sejak akhir-akhir ini, pantang silap sedikit, mulalah Faris baran tak tentu hala.


"You dah ada tempat ke nak buka kedai kat Balok ni?” tanya Suriya. Dia mula berangan tentang perniagaan yang bakal mereka jalankan. Sudah lama Suriya menginginkan untuk melakukan sesuatu aktiviti selain daripada menjadi seorang surirumah. Saban hari melayan karenah anak-anak memeningkan juga.


“Kita bukak kedai kat KL la. You balik sana dengan anak-anak. Tak payah ulang alik ke Kuantan ni. Lagipun lepas ni, I dah start belayar lama. Sebulan sekali baru I balik. Kalau kita bukak kedai kat sana, you boleh balik rumah mak you. Anak-anak boleh mak jaga”.


Suriya bagaikan tersentap seketika. Baru saja dia berpeluang tinggal sebumbung dengan suami selepas mengambil keputusan untuk berhenti kerja, kini suaminya pula minta dia balik tinggal bersama keluarganya di kampung.

“Kat sini tak boleh ke, yang? Baru 3 bulan I balik duduk dengan you, rindu pun tak hilang lagi” Suriya memuncung menagih simpati.

“Ala.. sama aje. Untuk kemudahan you jugak. Kalau kat sini, siapa nak tengok-tengokkan anak? Takkan nak panggil mak you tinggal dengan kita pulak?! Apa pulak kata ayah nanti?”


“Iye la....” balas Suriya lalu berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam.


******


“Wah! Ramai juga yang kau jemput sempena opening kedai kau ni ye?”, Intan, antara sahabat Suriya yang sudi hadir memeriahkan majlis pembukaan Ria Pet Shop milik Suriya dan Faris. Rata-rata yang hadir ialah bekas rakan-rakan sekolah dan bekas rakan sekerja Suriya ketika di Golden Hope Development dulu. Yang lain, sanak saudara.

“Erm...ada rezeki lebih. Ini pun tak semua yang datang, Intan. Tapi thanks sebab kau sudi juga luangkan masa untuk datang. Eh! Pergi la makan dulu, ajak Andy tu. Kau ni, biarkan pulak dia sorang-sorang. Kesian dia”.

“Alah, bukannya budak kecik. Pandailah dia nak sesuaikan diri. Nurin tak datang ke?”

“Dia ada call tadi. Tak dapat datang. Banyak kerja yang nak kena settle kat ofis”

“Pompuan tu, memang. Bizi manjang”, Intan dan Suriya sama-sama ketawa. Sahabat mereka Nurin memang terkenal sebagai seorang yang sibuk. Tugas sebagai Eksekutif Kualiti di KLIA memaksanya untuk lebih bertanggungjawab terhadap tugas berbanding perkara-perkara lain.

“Mana Faris? Dari tadi tak nampak pun batang hidung!”, Intan bertanya.

“Dia kat Kuantan. Esok dah nak belayar. Malas la dia nak balik sini”

“Ai?! Selalu senang aje. Esok keje pun, malam sempat lagi hantar kau balik. Elok je...”

“Dah dia cakap macam tu, aku malas nak bertekak”. Suriya mula murung. Intan merasa bersalah seolah-olah dia yang mencemarkan keceriaan Suriya sebentar tadi.

“Korang ada masalah, ye?” Suriya cuma diam. Intan tidak mahu terus-menerus mendesak sahabatnya itu. ‘Ah! Kalau dia ready nanti tentu dia cerita’, Intan berkata di dalam hati lalu meminta diri untuk bersama dengan teman lelakinya.


******


“Yeh! Yeh! Papa balik... Yeh! Yeh!”, girang sekali suara Along menyambut kepulangan papanya di muka pintu rumah nenek. Sejak dia dan adik mengikut mamanya pulang ke kampung hampir tiga bulan lepas, barulah hari ini papanya datang menjenguk. Selalunya, Faris hanya telefon sahaja.

“Papa beli mainan untuk Along dengan adik tak?”

“Adik mana? Mama bawak adik pergi kedai ke?”, Faris tidak menjawab soalan Along sebaliknya bertanya tentang anak bongsunya.

“Adik ikut nenek pergi umah Nek Pah”

“Nape Along tak ikut?”

“Along nak teman Pak Su”. Faris memandang adik iparnya yang tersengih di sofa. Kasihan. Masih muda tapi terpaksa menanggung beban kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan jalanraya.

“Jom Along, ikut papa pergi kat mama. Safee, cakap mak abang bawak Along ye!”

“Okeh”, jawab Safee ringkas lalu kembali menonton televisyen.

Faris memandu keretanya menyusuri jalan keluar dari Pekan Batu 11 ke lebuhraya Cheras-Kajang. Along di sebelah terus bertanya itu dan ini tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya dia berfikir bagaimana harus memulakan perbincangan dengan isterinya tentang perkara yang menjadi beban dalam fikirannya sekarang. Ya, satu perkara yang serius.

Sampai di kedai, kelihatan Suriya sedang melayan pelanggan yang berminat untuk membeli anak kucing. Suriya tersenyum melihat suami yang dirinduinya itu datang bersama anak sulung mereka. Faris terus masuk ke pejabat dan menunggu Suriya di situ. Fikirannya terus menerewang kepada peristiwa yang berlaku hampir tiga bulan lalu.

Ketika itu Faris tidak menyangka jika pelayarannya kali ini akan ditunda ke satu masa yang akan diberitahu kemudian. Selalunya jika tidak belayar dia lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama Suriya dan anak-anak. Namun, sejak Suriya kembali ke kampung menguruskan perniagaan mereka, Faris merasa sunyi jika di rumah. Oleh kerana ketuanya mengarahkan dia supaya ‘standby’, Faris tidak merancang untuk pulang ke kampung menjenguk keluarganya. Tambahan pula dia tidak mahu terus-terusan bertengkar dengan Suriya kerana hal yang remeh. Memang tidak dinafikan, hubungan mereka akhir-akhir ini agak tegang. Kerana itulah dia mencadangkan mereka membuka perniagaan di KL dengan harapan apabila berjauhan, hubungan yang tegang itu dapat dilembutkan kerana rindu. Namun, penangan gadis bernama Bella tidak dapat menyemarakkan rasa rindunya terhadap Suriya dan anak-anak sebaliknya dia semakin dekat dengan Bella.

Faris mengenali Bella melalui rakan-rakan ketika menghadiri satu majlis di Kuantan. Ketika itu Suriya tidak ada bersama kerana berada di kampung menziarahi adiknya yang kemalangan. Ternyata pada pertemuan pertama itu telah menimbulkan bibit-bibit kemesraan antara mereka berdua. Hubungan sebagai kawan bertukar kepada hubungan yang lebih intim.

Masih segar dalam ingatan Faris, malam itu dia keluar dan mengunjungi sebuah kelab. Di situ dia meneguk air syaitan yang pada fikirannya hanya itu yang mampu menenangkan perasaannya selepas bertengkar dengan Suriya di telefon. Kebetulan pula dia menerima panggilan dari Bella untuk bertemu. Dalam keadaan yang mabuk, pertemuan dua insan itu tidak berakhir di situ sahaja malah ke bilik tidur. Dan situlah segala masalahnya bermula.


******


“Bila you sampai, yang? Nape tak tunggu kat rumah aje, I dah nak tutup kedai pun”, sapa Suriya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“I ada hal nak bincang dengan you, tak sedap nak cakap kat rumah”

“Hal apa yang penting sangat, sampai tak nyempat-nyempat?”, tanya Suriya lagi. Direnung wajah suaminya yang kelihatan tegang. Ada sesuatu yang serius.

“I... I.... I nak nikah lagi satu!”, jawab Faris tergagap-gagap. Suriya kaget. Tidak pasti apa yang didengarnya sebentar tadi hanya gurauan dari Faris atau kenyataan.

“Apa you cakap?”

“I kata, I nak nikah lagi satu”, kali ini lebih jelas. Faris sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan. Tidak mungkin dia dapat menyembunyikan perkara itu lagi.

“Apa maksud you, nak nikah lagi satu? You dah tak sayangkan I dengan anak-anak ke? Apa masalah you ni sebenarnya?”, soal Suriya bertubi-tubi. Dia sudah tidak peduli lagi bila Along melopong melihat dia yang hampir menjerit kepada Faris.

“I cakap I nak nikah lagi satu. I have to!!!”

“Tapi kenapa? Kenapa tiba-tiba you cakap you nak nikah lagi?”, Suriya mula menangis.

“I dah rosakkan anak dara orang, Suriya. I nak bertanggungjawab atas apa yang I dah buat”, perlahan suara Faris. Sukar sekali untuk dia berterus terang.

“Sampai hati you buat I macam ni. Patutlah you bersungguh-sungguh suruh I balik sini, rupanya senang untuk you nak buat hal kat sana!”

“I tahu I salah. I minta maaf. Sebab tu I balik nak mintak izin dengan you, I nak nikah lagi”

“What? Mintak izin? What for? You nak nikah you punya pasal, but please, I nak you ceraikan I”.

Tangisan Suriya mula menggila. Dia tidak sanggup bermadu. Apatah lagi mengenangkan dosa yang telah Faris lakukan. Tidak! Suriya tidak sanggup menerima itu. Bagaikan halilitar membelah bumi mendengarkan pengakuan suami yang berzina dengan perempuan lain.

“Sayang, I tak boleh ceraikan you. I sayangkan you, sayangkan anak-anak. Tapi I tak boleh lepas tanggungjawab I pada dia macam tu aje. You kena faham I!”, Faris memujuk tapi tidak semudah itu kerana hati seorang isteri telah terluka.



******


Suriya memerhatikan keriuhan anak-anak kecil itu bermain pasir yang memutih di tepi pantai. Tenang hatinya melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anaknya itu. Tidak sia-sia dia membawa Along dan adik bercuti di Port Dickson. Melihat kegembiraan anak-anak merupakan kebahagiaan dirinya kini. Suriya sudah mampu untuk tersenyum dan berhadapan dengan semua orang serta melupakan kekecewaan. Ya, dan dia juga sudah membiarkan kesedihan itu pergi.




*p/s : 1. Lu orang suka citer nih? Haa.. kalau suka buleh tolong vote untuk gua di sini --> .

2. Kalau lu org tak suka pun, boleh tinggalkan komen kat bawah. Mungkin komen dan idea lu org boleh bantu gua menulis lebih baik.

3. Adapun story di atas adalah pengalaman benar seorang kawan baik gua. TQ

7 ulasan:

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Nice story dear. Penulisan yang baik. :)
Jeles ai. hihihi. :)

ymn berkata...

kwn baek ker ..or authornya ..:P

-MsGoodNite- berkata...

Cik Vee - Tenkiu.. tp tulisan cik Vee lagi bagus dr nih :)

Yaman - Gua single mingle lagi la weh!..

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Dear, tulisan Vee biasa aje.
Sama2 lah kita improve penulisan kita ye? :)

Yaman, vote lah MsGoodNite. :)

Zampeada berkata...

x sempat baca lagi... klu ada kelapangan aku akan baca...

aKuPm berkata...

hahahah tp nurin tu sure cute orgnyer kan...ahaks!

nice beb! keep it up..

-MsGoodNite- berkata...

Zam - jgn lupa vote skali di blog kisah klasik kita :)

Haiza - cute sgt sey! paling cute! hehehe.. thanks