Siyes beb! Kadang-kadang gua dah bosan dengan keje. Bukan bosan bekerja tapi dengan keje gua. Adapun tahap kebosanan gua itu jika dinilai hampir saja mencecah separuh daripada 100%. Gu ingat, kalau dah sampai tahap separuh, ia dikira hati gua mudah untuk beralih arah. Iye dak?
Tapi hakikatnya, bukan la gua saje-saje nak bosan dengan keje gua walaupun gua sgt arif bahawa hasil keje yang bagi gua cukup makan pakai ni memerlukan gua tak berapa nak bercampur dgn orang. Orang ramai maksud gua. Sebaliknya gua bersyukur, dgn gaji yang ada gua boleh miliki satu dua harta pada usia ni. Alhamdulillah.
Tapi sejak dua menjak tiga menjak ni, gua dgn kolik gua dah tak berapa nak selesa mencari rezeki kat sini. Terlalu ramai yang suka buat muka pesen talam. Lu orang tahu muka pesen talam tu mcm mana? Apa? Tak tahu? Ape ke slow lu orang ni! Gua pun tak tahu. Yang gua tahu talam dua muka. Ah! Cuba buat lawak pula gua nih!
Okeh! Pesen talam dua muka nih, gua tengok makin menjadi2 kat budak ofis gua. Peh! Depan gua, manis mulut. Pijak semut tak mati. Time susah carik gua dengan kolik gua, ngadu itu ini. Tapi belakang, sikit tak ingat gua dgn kolik gua. Banyak sgt benda yg buat gua hangin. Tapi gua sabor pasal gua ingat gua ni bukan la pesen pendendam orangnya.
Pesen kuasa veto, sok-sok bagus pun ada gak. Ni stok pengurusan punya keje. Kalau lu orang nak rajin ke, nak balik malam ke, tak nak masak untuk laki ke, itu lu orang punya pasal la. Tapi tak payah la nak sabitkan orang lain suruh ikut cara lu pulak. Laki orang bukan serupa lu punye laki, beb!. Suka-suka hati suruh orang datang keje hari cuti time nak masak untuk laki. Apa pesen pegawai pun gua tak tahu la. Jangan ingat lu pegawai atasan, lu orang boleh suka-suka hati pulak nak arah pegawai bawahan tanpa kira waktu bekerja. Huh! Ini la risiko kalau dapat boss pompuan.
Gua ingat lepas ni gua nak tukar keje lain la pulak. Isi borang perjawatan baru. Ada rezeki gua nak apply keje kat Kedutaan Malaysia ke luar negara misalnya. Bagi luas sikit pandangan gua. Apa macam?
5 ulasan:
pastu dapat kat sgpore kan..wakakaka..
Dapat boss lelaki lebih baik daripada dapat boss perempuan. :)
Tapi tak semua boss perempuan tak okay. :)
wan - taknak la.. nak jauh lagi...
cik vee - yup betul, tp selalunya mmg cerewet maa... huhuhu
wah...feras ngn boss n kwn2ner citer inih....macam ni beb, keje ni ko keje mane2 pon akan ade masalah cam ko hadapi sekarang neh..
paling senang ialah ko xpayah keje, ko carik laki kayer...atuk2 mewah gitu, pastu ko makesure die kasi sain itu borang amanah raye buh name ko 100%, baru cantek beb hehehehe
Haiza - idea ko tu mmg bernas tp tak sesuai ngan aku kot. Lain la aku ni artis ke, mesti laris punya! hahaha
Catat Ulasan