Bercuti 3 hari sempena Gong Xi Fa Cai sememangnya saat yang gua tunggu2. Bukan apa, gua dah bosan sangat nak mengadap those chemicals dengan ditambah enviroment tempat kerja gua yang semakin menyakitkan hati. Tapi dalam duk gua suka, sebenarnya jauh di sudut hati gua, tak berapa nak suka juga pasal gua takde aktiviti langsung untuk cuti ini selain dari menghadiri kenduri kahwin member2 gua. Maknanya, lepas balik dari kenduri, gua akan terperuk di rumah. Mengisi masa dengan menonton filem2 yg ditayangkan kat astro dari tghari sampai malam. Habis channel gua round. Macam2 citer gua tgk. Penat.
Tapi gua amat tertarik dengan satu filem yang pada awalnya gua nak menonton di pawagam tapi tak berkesempatan. Alice in Wonderland. Lakonan Johnny Depp sbg Mad Hatter, Anne Hathaway sbg White Queen, Helena B. Carter, Mia Wasikowska dan lain2. Ekceli nama Mia sbg Alice dan Helena sbg Red Queen gua tak penah kenal pun. Tapi apa gua kesah, yang penting citer ini agak menarik bagi orang yang penuh dgn imaginasi. Lu orang bayangkan la kalau lu orang tetiba sampai di satu dunia asing. Ada air yg boleh buat lu org jadi kecil mcm org kenit, ada kek yg boleh buat lu orang jadi besar mcm giant. Ada binatang yang boleh bercakap. Ada kucing senyum yang boleh ghaib.
Alice in Wonderland versi 2010 ialah kisah di mana si Alice ni dah besar dan kembali ke Wonderland bagi menolong rakyat dan White Queen yang ditindas oleh Red Queen. Gua ingat dulu, masa gua budak2, Alice ni pun budak2 juga. Masuk ke dunia Wonderland yang dianggap mimpi. Duduk dalam istana Red Queen sbg anak angkat kot. Gua pun dah lupa. Tapi kali ni, Alice dipanggil lagi untuk tolong bunuh Jabberwocky, seekor naga peliharaan Red Queen yang yg zalim pada hari Frabjous. Pada saat kemenangan Alice, White Queen kembali mendapatkan takhta. Gitu la lebih kurang.
Kalau lu orang suka filem fantasi, pengembaraan boleh cuba filem ni. Gua tgk pasal ada Encik Johnny Depp je... Kah kah kah!
1 ulasan:
3 hari je cuti..gila tak best! gua cuti 5 hari, gila best!
gua tak tengok sgt cerita2 pesen2 fantasi mcm ni..nnt gua tidur dlm wayang.
Catat Ulasan