MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Februari 01, 2011

Suka Duka is LIFE

Lepas gua menulis satu entry berkaitan dgn encik b, gua tak sangka kalo beliau membaca entry BENCInta tersebut. Akibatnya gua jadi malu sendiri. Nasib baik gua takde kutuk beliau lebih2 dalam entry tu. Sebaliknya gua cuma tulis apa yg jadi kat diri gua yang secara amnya beliau dah tahu sebab gua dah cerita pada beliau sebelumnya. Cuma beliau menyatakan kalo beliau tak sangka gua akan tulis kat blog.

Kah kah kah! Padan muka gua dan padan muka beliau juga. Padan muka gua sebab beliau baca entry yang gua ada mengutuk beliau. Silap gua lambat share entry tu di fesbuk atas masalah Broadband yang seringkali macam busuk punye perangai. Jadi bila line dah ok, gua terus share ke fesbuk bersama satu lagi entry baru. Kebetulan yang gua tak suka ialah bila encik b ada online itu time so dgn segera beliau baca entry tu dan buat-buat tanya kat gua pasal entry tu. Eleh! Nak marah gua la tu. Mula2 gua cuak juga, tapi bila beliau kata beliau ok, gua jadi lega. Okeh! Stop citer pasal encik b.

Tetiba gua rasa rindu nak balik Dengkil. Last gua balik bulan Disember tahun 2010. Gua jadi rindu nak ziarah kubur arwah atuk gua. Dalam keadaan diri gua yang baru, gua rasa gua nak share perasaan gua di sana. Sungguh! Gua rindu nak sembang kencang dengan arwah atuk. Gua rindu nak gelak-gelak dengan arwah. Walaupun, kalo gua balik arwah dah takde dan hanya pusara yang menanti gua. Dalam keadaan gua yang hepi dan bahagia rasanya tak salah untuk gua mengenang seseorang yang gua sayang walaupun ia sesuatu yang menyedihkan. Gua mmg rindu sgt momen-momen gua sebagai cucu yang baik, cucu yang disayangi, cucu yang diambilberat, cucu yang nakal, cucu yang degil dan beberapa lagi perangai baik dan buruk gua sebagai seorang cucu kepada arwah. Oh! I miss him so much!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin. Al-Fatihah.

Tiada ulasan: