MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Februari 28, 2011

Syurga atau Neraka?

Gua baru saje berpeluang membaca akhbar Pancaindera keluaran Ahad a.k.a semalam (27 Feb 2011). Muka depannya Daphne Iking dengan cinta jejaka melayu. Cewah! FYI, si Daphne ni dah menjadi saudara islam baru dengan nama Dahlia Daphne dan baru saja melangsungkan pertunangan dengan jejaka melayu pilihannya. Alhamdulillah. Bertambah lagi seorang umat Islam. Itu cerita cover story. Gua pun bukan nak ulas pasal cerita Dahlia Daphne ni, sebaliknya seorang yang gua kira layak dipanggil otai dalam dunia seni tanah air. Sape tak kenal Bob Lokman, pelakon, pelawak serta penulis lirik yang terkenal dengan lagu Isabella nyanyian Search. Dalam akhbar Pancaindera ditulis bahawa Bob mengaku telah menyertai parti pembangkang. Gua pun tak kisah kalau itu pilihan brader Bob. Negara ini mengamalkan sistem demokrasi. Sesape pun boleh memilih untuk menyertai mana-mana parti politik asalkan ia tidak salah di sisi undang-undang negara. Namun yang buat gua jadi panes bila beliau mengatakan kalau beliau mahu sisa hidupnya selamat di dunia dan tak akan masuk neraka. Pergh! Lu sedar tak apa yang lu cakap ni, der? Apakah orang lain yg tidak bergiat dalam politik parti tersebut atau mereka yg dalam parti lain semua akan masuk neraka? Gua mungkin faham kalau lu sebenarnya nak berhijrah dari kehidupan yang lama kepada kehidupan yang lebih diredhai Allah. Jalan penyelesaiannya bukan dengan menyertai parti yang melaungkan 'Undi PAS masuk Syurga'. Gile haram lu kalau fikir gitu!

Parti politik bukanlah satu landasan untuk menjamin seseorang itu masuk syurga atau neraka. Sebaliknya amalan, ibadah yang diredhai dan diterima oleh Allah SWT itu yang menjamin tempat kamu di syurga. Wallahualam. Orang yang sembahyang tonggang tonggek, bersedekah amal jariah tapi kalau dengan niat yang terpesong, sumber yang haram sudah tentu tak diterima Allah juga. Niat terpesong ni maksud gua kalau di hati tu bukan Lillahi Taala sebaliknya nak menunjuk-nunjuk.

Lu dah dewasa der, bapak budak dah. Gua faham bila lu tak mahu membiarkan anak-anak lu yang tengah meningkat remaja terus hanyut dengan duniawi. Anak lu ada masalah dengan sistem persekolahan tu gua tak berapa nak faham sebenarnya. Sistem sekolah yang bermasalah atau anak lu yang banyak masalah? Gua pun tak berapa gemar dengan cara hidup masyarakat kita skrg ni tetapi niat lu dah mcm lain pulak gua rasa. Seolah-olah lu yakin benar dengan parti politik yang lu sertai itu menjamin boleh bawa lu masuk syurga. Ishhh.. tolong la sedar dan perbetulkan semula niat lu. Jangan la terlalu taksub, nanti syurga yang lu cari, neraka pulak yang dapat. Nauzubillahiminzalik!

2 ulasan:

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Minat sangat minah tu.
Lawa bangat. Sayang, taknak join ke?

http://julianaviolet.blogspot.com/2011/02/mas-popularkan-blog-tempatan.html

-MsGoodNite- berkata...

Cik vee - kontes ke hape tu..? huhuh malu la nk popular2 nih..hehehe
nnt i tgk ye..