MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Mac 13, 2011

Gua benci tau!

Gua ada hangin sket la dengan coverage network bagi perkhidmatan broadband skrg ni. Sungguh-sungguh memualkan. Gua agak, bagi ibu-ibu hamil pasti dah muntah melayan karenah line yang sangat2 berada di tahap tak layak dipanggil broadband atau dalam bahasa mudahnya perkhidmatan jalur lebar. Lebar sangat! *sambil buat gaya kekwat.

Skrg ni gua pakai Celcom. Stick bb gua manjang je hijau dgn Edge Celcom. Dah la gitu, kadang-kadang signal download tak bergerak langsung. Abis camno gua nak melayari internet berkelajuan tinggi dan lebar? Tapi masalah ni tidak terhad kepada Celcom saja, malah menurut kawan-kawan gua yang guna Maxis dan DIGI keadaannya pun sama juga seperti yang gua alami. Kejap ada, kejap takde. Kejap ok sangat, kejap bengong sangat. Time line yang tengah okeh tu, gua rasa nak sayang CELCOM laju-laju, sayang ketat-ketat.

Gua bukan apa, jadi masalah pada gua bila buat blogwalking kat blog lu orang. Jadinya gua hanya boleh baca apdate baru lu orang tapi gua tak boleh nak tinggal komen sebab tak loading error. Susah la, kan?! Gua ni pulak jenis yang suka menyampuk a.k.a tinggalkan komen pada blog2 lu orang ni. Jadi jangan pula lu orang sangka gua galak mengapdate blog gua tapi sombong utk menyinggah di blog lu orang. Gua ada singgah sebenarnya tp masalah gua itu lah, tak boleh nak tinggal komen. Harapnya lu orang mengerti, yea!

Tiada ulasan: