MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Mac 13, 2011

Neenong..neenong!

Neenong...neenoong...neenong! Tepi! tepi! Gua sudah lewat masuk kerja hari ini.

Argh! Tak penah2 pulak jadi mcm ni, selalu kalo gua lewat pun, gua tak pernah terbabas bangun tidur. Paling lewat gua akan terjaga jam 6.30am tapi hari ni Ahad, 13 mac 2011 gua bangun tidur lewat setengah jam dari waktu kelewatan gua yang lazimnya. Jam 7 gua terjaga dari tidur itu pun sebab gua dengar bunyi sms masuk. Gua sangat2 berterima kasih kepada kawan department gua yang hantar text suruh gua tolong punch card utk dia sedangkan dia tak tahu kalo gua pun sama lewat dengan dia. Kira pagi ini, gua solat subuh dah bukan waktu subuh. Kata org tua-tua, subuh gajah. Gua tak pasti mana diorang dapat perkataan subuh gajah tu tapi perkataan tu memang melekat kat kepala hotak gua sampai sekarang.

Gua gerak dari rumah lebih kurang jam 7.45am sedangkan gua sepatutnya masuk kerja jam 7.30am. Ah! Pedulik! Lagi pun sekarang cuti sekolah, jadi gua tak mahu semakkan kepala gua dengan fikir kalo gua kena panggil dengan boss sebab datang lambat. Jadi gua luangkan masa singgah di 7E membeli topup sepuluh hingget.

Sampai di perkarangan sekolah, gua yang mula2 merasa cuak dan takut2 mula tunjuk belang bila gua tengok yang ada cuma kereta milik seorang PAP (pembantu am pejabat). Itu bermakna, CC dan staff lain belum sampai. Jadi gua dalam kategori selamat kerana PAP yang sampai awal itu boleh consider dengan gua. Unsangkarable lagi satu ialah kalo kawan gua dah tolong punchkan untuk gua dan kawan gua yang lagi sorang. Lega.

Baru gua tahu, hari ini adalah hari bangun lewat kami bertiga sebab dua2 orang kawan satu department gua ini bangun jam 7.00am juga. Kimia betul la kita orang ni!

Tiada ulasan: