Sekarang ni gua mula fikir satu gajet yang gua tak penah fikir nak beli atau memiliki - kamera intip atau web cam atau cctv. Kalau dulu masa guna pc desktop, gua tak penah heran bila orang lain ada web cam dan gua takde. Skrg bila dah guna lappy yg cum with web cam pun, gua jarang guna masa chatting sbb gua takut nanti ada yg amik kesempatan rekod video gua tengah korek hidung atau menguap tak tutup mulut time chatting.
Jadi bila En.b menyarankan agar gua dapatkan satu, gua jadi kena fikir banyak kali. Ekceli, beliau suruh gua beli kamera tu bukan utk layan skodeng gua sebaliknya gua kena skodeng apa yg berlaku kat rumah gua time gua takde. Ceritanya bila rumah gua dimasuki orang dan jam tangan Wicca Choronograph gua lesap. Itu kali pertama, kutu berahak (gua tak tau bape ekor) berjaya masuk rumah gua. Waktu tu gua cuma lock rumah melalui tombol pintu depan rumah gua saja. Time gua nk buka pintu, gua tidak perasan sebarang keganjilan pada pintu tp bila gua nak tutup balik dan lock baru gua perasan lock pintu gua tak boleh rapat seperti biasa dan ada kesan umpilan pada pintu berhampiran lock tombol pintu. Gua tak fikir negatif hingga gua perasan jam yang gua letak atas kabinet TV hilang sedangkan pagi tadi masa gua nak ambil jam gua yg lagi satu, Wicca tu ada kat situ.
Gua pantas inform adik gua yg on the way balik dari kerja. Selepas disiasat lebih kurang, mmg sah rumah gua sudah dicerobohi walaupun yg hilang hanya jam tangan gua. Gua agak lepas ni mungkin si kutu berahak tu akan datang lagi. Langsung adik gua pasang penyelak dari dalam dan suruh gua keluar ikut pintu sliding kalau gua nak pergi kerja.
So, beberapa hari lepas kejadian pertama, gua akan lock pintu depan dari dalam dengan penyelak yang adik gua pasang dan tak lupa gua tekan lock tombol pintu kemudian gua keluar ikut sliding door dan kunci dari luar. Petang semalam gua balik rumah seperti biasa tanpa sebarang prejudis terhadap anasir2 jahat sbb gua pun tak suka nak berniat jahat pada orang. Masuk ikut pintu slide then gua nak buka pintu depan yang dah gua kunci dari dalam. Kali ini gua jadi hangin sbb gua dah kompem pintu depan gua mmg ada unsur2 nak kena kopak bila lock tombol pintu dah jadi unlock dan penyelak yang dipasang ada nampak sikit bengkok menyebabkan gua susah nak release penyelak tu akibat hentakan atau tolakan kuat dari luar. Mmg kurang hajor la kutu berahak ni. Nasib baik tak dapat masuk. Gua terus call adik gua, dan balik keje dia terus pasang lagi satu penyelak kat sebelah atas supaya lebih kuat dan kukuh dengan harapan lepas ni kalau kutu tu nak cuba umpil pintu gua lagi, dia takkan berjaya. Gua harap2 macam tu la..InsyaAllah.
Mcm-mcm pesen doorknob ni, tp setakat comel je buat apa, kan? Senang2 aku ikut idea Maculay Culkin dlm Home Alone. "Hot and Spicy" hahaha..
Malam tadi gua call En.b cerita kat dia, mengadu la kononnya. Menyampah gua pada diri sendiri. En.b sarankan agar gua buat report polis. Walaupun takde barang yang hilang tapi sekurangnya bila ada peronda yang meronda kat situ, si kutu akan takut nak buat kerja lagi. Ermm.. En.b betul. Nanti la gua fikirkan, hehehe.. Cctv pun En.b sarankan gak, buat pasang dalam rumah supaya boleh tengok siapa yang pecah masuk umah gua dan nak amik barang2 yang tak berharga tu. Tapi TV, DVD player, dekoder Astro tu kira barang berharga jugak la, kan?! Mula-mula gua eksaited juga pasal cctv atau kamera pengintip ni tp bila En.b sebut selain orang, kadang2 kamera tu boleh amik gambar entiti atau makhluk halus terus semangat gua kendur. Gua kena fikir banyak kali kalau nak pasang cctv sbb takut time gua check hasil record kamera tu ada pulak "bayangan gurauan" yang senyum kat gua. Seram!
Bukan cctv jenis ni yea... Ni dah macam kat bank plak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan