Malam semalam (Jumaat le tuh), gua lepak a.k.a tidur umah orang tua gua. Ermm.. dah agak lama juga gua tak balik tidur sana. Bukan maksudnya gua dah lama tak balik jenguk orang tua tapi cuma tak bermalam je. So, semalam lepas solat maghrib gua packing apa-apa yang patut, langsung berambus ke rumah orang tua gua yg lebih kurang 15 minit perjalanan dengan kereta. Huh! Takde la jauh pun, iye dak? Selain barang keperluan gua, gua tapaukan kek blueberry yang ada dalam peti ais utk mak dgn si Ain. Diorg ni aje yg gemor dengan kek.
Sebenarnya, gua nak bagitau kalo gua boring juga nak layan MAHARAJA LAWAK sorang2. Ye la.. nak gelak nanti mesti rasa mcm tak lepas. Macam ada yang sangkut dan tak feel sbb kalo gua gelak sorang2 nanti mesti jiran gua ingat gua gile plak. So, gua amik keputusan untuk balik rumah orang tua gua agar dapat gelak ramai-ramai dgn adik beradik gua yang lain. Nak gelak sampai tergolek pun, gua rasa lebih feel ibarat org nengok bola di stadium ramai-ramai. Camtu ler lebih kurang dia punya feel.
Malam semalam juga menyaksikan tema utk peserta-peserta ni perform ialah Musical Comedy. Ermm.. boleh tahan jugak la terutamanya BALAS, SEPAH dan NABIL. Tapi utk entry ni, gua nak share vc persembahan NABIL sbb bagi gua, he performed very well dan keseluruhan gua rasa NABIL adalah terbaik malam itu. Dan gua share kan juga vc peserta paling "ke laut" iaitu AMIR. Layanzzz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan