MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, April 14, 2011

Yang HOT dan bikin HOT TEMPER

Hari ni en.b tak pergi kerja. Demam katanya, memandu selama 5 jam dari luar kota atas urusan kerja yang selesai lewat malam. Kesian, en.b. Jangan lupa makan ubat ye, and have a rest. Okeh, bukan pasal en.b yang gua nak citer. Itu cuma selingan aje. Ibarat iklan la kata omputeh.

Gua ingat rata2 penduduk Malaysia ni dah tahu sekarang ni sedang giat berlangsung kempen dan manifesto (betul ke gua eja?) sempena Pilihanraya DUN Sarawak yang bakal berlangsung Sabtu ni ataupun sebenarnya sedang menabur janji-janji yg diharapkan akan ditunaikan janji-janji itu. Tiap-tiap hari, itu aje la berita yang keluar kat paper mahupun TV sampai gua tak beli paper dan tak tengok berita dek disebabkan boring dengan cerita2 yang serupa. Opss! Sorry derr, bukan gua anti kerajaan tp gua malas nak amik port pasal ni skrg. Apa pun gua harap pilihanraya yg bakal berlangsung nanti berjalan lancar tanpa sebarang pertelingkahan atau kemalangan jiwa. Dan kepada para pengundi tu, harap dapatlah lu orang tunaikan tanggungjawab lu orang. Sila mengundi dengan bijak. Pesanan dari Suruhanjaya Pilihanraya.

Selain dari berita tentang pilihanraya Sarawak tak abis-abis ni, rancangan atau slot lain di TV yang buat gua meluat ialah AF9. Pasal konsert tu, gua takde hal sgt sebab seminggu sekali je, tp yang buat gua rasa nak pecahkan TV ialah bila hari-hari duk siarkan Diari yang sikit pun tak mendatangkan pekdah kepada masyarakat setempat. Kemon la wei..kemon la... banyak lagi rancangan lain yang Astro boleh siarkan setiap hari yg boleh bagi input ataupun hiburan kepada penonton, tp bukan Diari AF9 yang semata-mata mempertontonkan aktiviti pelajar yang duk gila nak jadi artis. Adus! Rosakkan akhlak dan budaya betul. Kalau iye pun nak share samting dgn penonton, cukup tunjuk dua kali seminggu je. Tak payah hari-hari. Gua bayar bil bukan utk tengok menda tu hari-hari!!!!

Okeh, gua nak tengok Adnan Sempit sekarang.

Tiada ulasan: