Permulaan tulisan ni gua nak kata... err nak ucapkan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Agak kurang sopan kalau gua main terjah-terjah je setelah agak lama gua tak apdet blog gua. Last entry lebih kurang pada pertengahan bulan Mac lalu.
Ada yang tanya apasal gua lama tak apdet blog? Ermm.. pasal gua baru balik dari bercuti. Huh! Ada sikit tipu dalam ayat tu. Bukan baru balik, tp dah lama juga balik dari bercuti. But, bikos I am been relly2 bizi balik dari bercuti tu, buat gua lupa nak apdet.
16hb Mac - 22hb Mac gua berkesempatan bercuti ke Kuching, Sarawak selama seminggu. Ekceli ia adalah Lawatan Kerja YPM ke sana. Ia merupakan satu peluang yang tak harus gua lepaskan bila dah dipelawa utk ikut serta. Sebab gua belum pernah terbang ke Sarawak. Apa lagi? ikut saja la....iye dak?
Sepanjang di Kuching, sebenanrnya we ols mmg banyak masa yang terluang. Nama aja Lawatan Kerja tapi tak byk program formal yang gua ikut. Pendek kata, gua mmg betul2 bercuti bukan atas dasar kerja seperti dalam buku aturcara program lawatan. Best giler, gua cakap kat lu! Pergi shopping, pergi jalan-jalan. Ini betul2 dikatakan bercuti dalam negara!
Bandaraya Kuching memang cun kan?!
Menginap kat Grand Continental, Kuching dengan "comfortable suite" sangat2 buat gua rasa gua mcm VIP jer...keh keh keh! chayok! chayok! Tiap-tiap malam yg takde program we ols pi makan seafood di tempat paling femes iaitu TopSpot. Ia merupakan satu kawasan yang dipenuhi dengan gerai2 makanan laut di atas bumbung bangunan. Haa..unik tak? unik tak? dan buat pertama kali dalam hidup gua, gua makan satu makanan laut yang agak pelik but very nice to taste iaitu Ambal. Camne rupa menatang ambal tu, lu org tgk je pic kat bawah ni.
Tapi gua mengaku dalam seronok2 gua dengan ahli rombongan lain sebenarnya kitaorg tak dapat lari dari mengalami pengalaman pahit kat tempat orang ni. 3 orang kawan gua kena cirit-birit dan muntah-muntah. Pendek kata macam dah kena keracunan pulak. Nasib baik gua cuma rasa sakit perut yang tidak keterlaluan dan mual tapi belum tahap ulang alik ke tandas. Gua ingat ni semua pasal kitaorg banyak sangat makan ambal tu. Maklum le, benda tak penah makan pastu makan cam tak ingat dunia. Hambik engko! Padan muka gua dengan kawan2 gua.
Apapun, terus terang gua tak penah serik nak kembali ke sana lagi. Gua harap 1 day gua dpt jejak kaki lagi ke Sarawak. Kan, en. b?! Hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan