MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Mei 18, 2011

Blekberi || Notebook... Huahahaha (Gelak Jahat!)

Gua memang agak ketinggalan dalam bab gajet-gajet ni. Apa lagi kalau melibatkan gajet yang bernilai ribuan ringgit. Maklum ler, den gaji kocik je aa..tak mampu nak berbelanja sesuka hati nanti ikut hati mati pulak. Gua tahu dan sedar sangat, kalau orang lain dah lama melaram dengan henpon blekberi, iPon tapi gua masih setia ngan cokia yang model ntah brape-brape tanpa memori kad. Itupun selepas henpon soni eriksen gua jahanam.

Dan sekarang di saat gua merasakan tabungan gua sudah mencukupi, gua tetap akan melaksanakan hajat utk menyambar blekberi walaupun model curve yg dilabel paling murah dalam sejarah blekberi...(err..iye ke?). Kebetulan pula ada kawan gua yang boleh uruskan jualan blekberi secara underground dari celcom. So, gua rasa gua buleh dpt bb ni dengan harga lebih murah berbanding di kedai henpon. Syok, kan?

Abis bab blekberi. Gua pun tengah berkira-kira juga nak beli notebook baru yang gua penah story dulu. Memandangkan lappy gua yang sedia ada ni pun kira-kira mcm tahap nak dihumban ke longkang, adalah baiknya kalau gua dapatkan pengganti dia. Tapi gua fikir, nak repair dulu apa yang patut then gua jual murah2. Buleh gak wat tambah nak beli notebook tu, kan? Bijak tak gua?

Tapi lu orang mesti tak setuju ngan gua. Mesti lu orang akan cakap, daripada gua bazir duit beli menda alah tu sume, baik gua simpan duit tu buat kawen...betul tak? betul tak???? Arghh!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul!!!! pk kan laaaa hak hak hak ayat org dengki miahahaha

sahidzan berkata...

bijak, bijak...

ahh!! lu beli jer apa yang lu mau n termampu before lu kahwin. Belanja kawen tu boleh ejas juga. Ceh!! kehkehkeh!

Siti Noor Aminah berkata...

berapa boleh dapat henpon blekberi tu? gua pun cian jugak, pakai henpon cokia macam lu.. kecian gua... huhu

-MsGoodNite- berkata...

Jiejah - tak penah nak sapot aku langsung.

PK - Gua suka ayat lu..kehkehkeh!

GC - Curve 3G (9300)adalah yang latest dlm adik beradik Curve.. kat sini RM1000