MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Disember 24, 2011

Review HERO

Sebuah buku keluaran Lejen Press, dihasilkan oleh gabungan 5 anak muda dgn 5 cerita berbeza. Peh! Apa hal gua skema sgt ni?


2 Jalan Di Kuala Lumpur - Shahir

Tulisan yg boleh tahan serius. Bermain dgn emosi. Antara impian, harapan dan kenyataan. Ada 2 jalan kehidupan utk dipilih. Silap pertimbangan, celaka kehidupan. Cewaaahhh! Gua bagi 3/5.


Bandar Seri Korupsi - Fikri Misti

Imaginasi tinggi dari dari penulis. Seperti ada gaya2 cerita yg digarap dari filem barangkali. Namun begitu, penulis pandai mencetuskan perasaan ingin tahu kpd gua selaku pembaca. Gua sendiri x terfikir nk tulis cerita mcm ni. Gua bagi 4/5.


Hero Yang Paling Hero - Brader Leplep

Beliau ni mmg glamer giler di kalangan blogger serta penulis Terfaktap. Gaya penulisan yg selamber n telus barangkali. Dalam tulisan kali ini, gua rase penulis terlalu banyak berimaginasi. Cerita serangan makhluk asing ke atas bumi yg rata2 sebelum ni gua dah selalu tgk kat tv. Dlm cerita ni, gua disogokkan dgn cerita yg tak logik tapi menghiburkan. Sepanjang membaca, gua asyik sengeh sampai mak gua igt gua dah gila akibat membaca HERO. Kemunculan watak "special appearance" Pipiyapong dan Fakri sedikit sebanyak membangkitkan perasaan keterujaan gua utk mengetahui kesudahan cerita ini. Gua bagi 5/5.


Obligato - Bozu

Gua x tahu sama ada cerita ni berdasarkan kisah benar ataupun tidak. Andai si penulis kata ini kisah benar beliau dan diolah sikit nak bagi sedap baca, gua percaya. Jalan cerita yg berkisarkan kehidupan seorang "aku" dari saat kegemilangan, kejatuhan dan kebangkitan. Banyak nasihat dan motivasi yg gua peroleh dari cerita ini. Kredit utk penulis kerana menghasilkan cerita seperti ni. Walaupun mungkin kedengaran serius tp part lucu tidak dilupakan. Keheroan heronya boleh tahan true. 5/5 utk Obligato.


Nuansa Atma Adiwira - Lord Zara

Baca tajuk je gua dh boleh agak betapa serius dan beratnye cerita ni. Mungkin kerana penulis seorang guru. Terus terang gua x bape nk faham maksud Nuansa Atma tu. Kat umh xde kamus dewan. Cerita yg byk imbas kembali. Tp ok, sbb kalo tak nanti lu org x faham pulak. Gua boleh katakan, cerita ini berkisarkan ttg org yg mencari kekuatan diri iaitu semangat dan jiwa. Ada unsur2 mainan perasaan di situ. Jadi, kalo baca kena fokus. Kalo x, nnt x faham. Gua bagi 3/5.

Tahniah kpd semua yg terlibat dgn HERO. Secara keseluruhan, gua bagi 4/5. Buku yg harus dibaca.

6 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Gua punya 3/5 je. Kalau exam dah dapat C dah ni.

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Vee ingatkan HERO ni novel luar negara. :)

aKuPm berkata...

ko ni asyik bg 4/5 jer...kedeng sgt ke nk bg 5/5? sbb ko kalo bace godzila lalu kat sebelah pon ko wat idok jer....

-MsGoodNite- berkata...

cikgu zara - mungkin sbb gua tak bape faham.

vee - haahhaha.. ini buku terbitan kwn kita yg kapitalis - LingLung

akupm - kira ok la tu

Bozu berkata...

zara, gua dapat 5/5. kalau ekzem dah A ni. jangan jeles!

shahiryusoff berkata...

3/5? ok la tuh. hehe..