MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Jun 02, 2012

Jun dan Aku

Sekarang dah masuk bulan Jun. Dah masuk setengah tahun. Maknanya tinggal lagi setengah tahun nak melangkah ke tahu baru, bertambah 1 tahun lagi usia dunia, usia kau orang, usia aku. Tapi untuk tahun 2012 ni sehingga entry ini ditulis, aku belum cukup umur kot. Bulan Jun inilah focus point umur aku bertambah 1 tahun. Berapa? Yang tahu diam-diam sudah. Tak payah nak mention kat sini. Kena siku kang susah hidup.

Sebut pasal besday, aku memang tak pernah celebrate besday secara langsung. Maksud aku, dgn organized party, ada kek, ada makan-makan, jemput kawan-kawan dan dapat hadiah sambil diucapkan "happy birthday". No. Never. Sampai umur aku 28 ni pun,*eh? Termention plak :p* seingat aku tidak pernah. Tapi kalo secara kebetulan orang ajak makan dan kebetulan hari tu besday aku, itu dikira banyak kali. Tapi takde present la. Dan sebenarnya aku tak kesah. Sebab aku dan adik beradik aku tidak pernah dididik oleh mak bapak aku untuk sambut besday.

Tapi tradisi aku pulak sejak bekerja dan gaji pun macam dah sedap sket, *masa mula-mula keje gaji ciput, x cukup* aku mula manjakan diri aku dengan beli hadiah untuk diri sendiri bila time besday. Paling tak pun, kalo tak sempat beli on the date, sebelum @ selepas pun aku belasah. Janji benda tu adalah yang sgt-sgt aku nak, yang aku suka. Yelah, nak harap orang belikan memang tak la, kan?! Kakakaka.. Aku ingat, kalo aku buat besday party pun, aku takkan dapat stuffs yang aku NAK SANGAT tu. Selalunya takde la benda-benda mahal. Tapi tak juga benda-benda murah. Yang sedang-sedang saja kata Iwan Dangdut.

Yang lepas-lepas aku beli henpon, jam, minyak wangi, henpon. Tapi yang paling best, balik kampung. Siak, kan? Balik kampung pun nak kira besday present paling best. Haa.. Pasal itu tempat bercuti dengan family besar paling best la bagi aku. Macam-macam benda boleh buat, sebab tu aku cakap kalo time besday ada kat kat kampung, memang best. BFF aku pun buleh bawak aku gi makan-makan skali. Betul tak AkuPM?? Huahahaha...

So, tahun ni punya present aku aim satu barang. Sepatutnya aku takleh aim benda tu, sebab last ye aku dah beli benda yang sejenis dengannya. Tapi adrenalin yang ada dalam badan ni melonjak-lonjak menginginkan. Aku betul-betul tak berani nak kata YA. Jadinya, aku buat keputusan untuk senaraikan alternatif lain seandainya aku tak mampu. Jam tangan baru, buat spek baru @ target aku. Nak tau apa? BOLD 4. Hahahaha....

Ok, itu aku. Kalo korang aku tak tau la camne lak gayanye, ye?!




Sent from my BlackBerry® wireless device

Tiada ulasan: