MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Jun 10, 2012

Kebetulan atau Takdir?

Hari ni besday aku, hari aku dilahirkan di dunia ni lebih kurang dot dot dot tahun lalu. Cukup lama. Kata orang kalo berkhidmat dlm kerajaan dah boleh pencen kot. Itu pun kalo dia masuk keje lewat, dan x dpt pencen penuh kerajaan. Tapi aku bukan nak story pasal keje tp pasal aku. Aku yang dinamakan Azura.

Aku anak sulung, adik beradik 6 orang tapi sorang pun belom lepas lagi. Hidup berumahtangga kata orang-orang tua. Alah! Belom sampai jodoh, kan? Nak buat camne? Aku redha, tawakal. Opss! Redha? Tak juga. Sebab kalo aku redha, aku tak termenung fikir bila aku sorang-sorang. Kalo aku redha, aku x sedih dan menangis bila aku fikir pasal aku. Maknanya aku tak redha. Aku menangisi kehidupan yang masih belum sempurna.

Orang boleh tengok aku happy, mcm takde masalah. Tapi orang tak tahu apa yang aku rasa. Beban! Berat menghempap dalam diri aku. Nak kalih ke kiri ke kanan sama je sakit dia. Kadang-kadang rasa putus harap. Tapi alhamdulillah, aku masih waras, Allah masih kurniakan sedikit iman dalam diri aku supaya tak tambah dosa yang sedia ada. Dosa yg boleh mengundang aku terus ke neraka tanpa ditimbang tara.

Di tahun ini, usia ini. Beberapa hari sebelum kedatangan hari ini, aku bertekad tapi aku tak pasti itu janji aku pada diri sendiri atau tidak. Kalo hingga hari ini aku tak jumpa seseorang yang akan jadi peneman hidup aku dunia akhirat, mungkin aku akan mati sebagai seorang yang tidak ikut sunnah nabi SAW. Eh? Kahwin tu sunat ke wajib? Ermm... Jahil gak aku bab-bab kahwin ni.

Mak dgn abah aku tak perlu rasa bersalah dengan aku. Dan aku mohon kepada Allah SWT supaya tak salahkan org tua aku dengan keputusan aku. Sebabnya itu keputusan aku, keputusan yang aku ambil kerana hampa dan kecewa.

Tapi nak dijadikan cerita, apakah yang berlaku ini kebetulan atau ketentuan atau Tuhan itu mengasihani aku, lalu disaat-saat tempoh aku tamat, hadir seseorang yang meluahkan. Seseorang yang aku kenal lama. Sebenarnya sebelum "perjanjian" itu pun dia sudah mula berbicara tentang hati tapi kerana dia seorang kawan yang aku tahu sifatnya suka membuli aku, jadi apa yang dia sampaikan itu aku cuma anggap gurauan walaupun jauh di sudut hati aku sgt senang jika dia berkata benar.

Hinggalah pada hari ini, 10 Jun dia meluahkan yang sebenar. Tapi aku tetap tak terima bulat-bulat, biarlah keadaan yg menentukan sebab kami berjanji untuk jumpa. Jadi selagi belum jumpa, aku tak boleh nilai keikhlasan dia. Semoga ini pengakhiran pencarian aku.

*Demi Allah, aku harapkan sesuatu dari dia, keikhlasan dia*




Sent from my BlackBerry® wireless device

2 ulasan:

Cahaya_Kebahag!aan berkata...

Hepi Besday... Moga berita gembira akan menjadi hadiah ulang tahun nanti~~~ doakan yang terbaik buat KKMD.. (^__^)

-MsGoodNite- berkata...

Thanks Cahaya Kebahagiaan *hugs*