MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Ogos 08, 2012

Murtabak Maggi

Hari ni hari kedua aku masak murtabak maggi. Semalam 1st time mencuba dan berjaya. Maka hari ini dengan kembang hati aku menunaikan request mak aku nak makan murtabak maggi lagi.

Resepi dan cara penyediaan, aku dapat daripada dua orang kawan. Seorang kat twitter, sorang dekat dengan aku. Dan seorang kawan di sabah tanya pula camne nak buat. So, kat sini aku sharekan. Mungkin cara kau orang lain, cara aku lain. Takpe la, masing-masing punya citarasa sendiri.

Bahan-bahan :

1. Maggi *berapa bungkus ikut suka kau orang
2. Telur *bergantung berapa bungkus maggi kau orang guna
3. Isi ayam, sotong, udang, sosej atau yang sewaktu dengannya untuk dijadikan perencah *digoreng atau direbus*
4. 1 biji Bawang besar - dimayang
5. Daun sup, kobis atau lobak. *ikut suka*
6. Garam secukup rasa.

Cara membuatnya :

1. Rebus maggi dan toskan
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, rempah maggi, perencah yang digoreng, bawang, daun sup dan garam secukup rasa. Boleh tambah cili jika suka pedas.
3. Gaul sebati. Masukkan maggi rebus tadi. Gaul lagi.
4. Panaskan sedikit minyak dengan api sederhana.
5. Goreng campuran maggi tadi, dan mampat dan bentukkan maggi didalam kuali semasa menggoreng.
6. Berhati-hati semasa balikkan jangan sampai hancur.
7. Apabila kuning keemasan boleh diangkat dan hidangkan.





Sent from my BlackBerry® wireless device

4 ulasan:

Zampeada berkata...

macam sedap...

-MsGoodNite- berkata...

Cuba laa.. Sedap makan dengan sos

akuPM berkata...

macam susah jew....ko buat kan je la tuk aku..plzzzzzz

akuPM berkata...

weh, xde citer lain ke? hapdetlaa