MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, September 22, 2012

Review HILANG

Agak lama aku tak buat review buku-buku yang aku baca. Sebenarnya dah empat lima buah buku yang dah khatam tapi tak masuk dalam senarai untuk direviewkan. Bukan tak layan, tapi tahap kemalasan aku kadang-kadang melampau dari unta padang pasir.

Aku juga terpaksa amik masa yang lama untuk memiliki buku Hilang ini sejak ia dilancarkan. Lagi bengang bila Popular Bookstore tidak lagi mahu memasarkan Hilang dan Murtad kerana dikatakan perkataan dan ayat-ayat yang digunakan terlalu bebas. Hmm...alah! Mengada betei. Buku FIXI lain sebelum ni banyak je guna perkataan-perkataan gitu, takde masalah pulak?! *eyes rolling*

Lupakan bagaimana aku dapat buku ini, yang pasti aku dapat dengan cara halal. Mari kita teruskan dengan review.

Kisah Shariman yang cari kembar dia Ikhsan yang tetiba MIA. Tau-tau je, Shariman jumpa nota amaran dan kesan darah pada cadar putih dalam bilik adik dia tu. Nak tau apa jadi kat Ikhsan, kena baca sendiri.

Cerita ni cerita plot jenayah. Samseng, taiko dadah, pusher dan yang sewaktu dengannya. Gemg samseng yang lebih kurang macam citer KL Gangster yang korang tengok tu la. Ada grup-grup, taiko dan kuli.

Ada juga kisah budak kampung yang konon-konon innocent tapi pernah bunuh orang. Macam mana dan sebab apa, dekat nak abis cerita baru tahu.

Bagi aku, HILANG memang not bad. Seperti juga JERAT. Kak Dayang Noor, I love this HILANG as much as I love JERAT. Terima kasih kerana hasilkan karya seperti ini.




Sent from my BlackBerry® wireless device

5 ulasan:

Fadh berkata...

org kg koi te...

Tembikai Laici berkata...

adeiii... hiLang sudah kasut i.. ^_+

akuPM berkata...

bole bukak perpustakaan barangkali kalo nak kumpul koleksi ko ni

-MsGoodNite- berkata...

Kelasss orang pahang!

-MsGoodNite- berkata...

Banyak yang ada.. Banyak juga yng belom ada ;)