MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, Oktober 07, 2012

Saya Yakin Betul, Saya Mahu Tonton Filem Ini


Masa memula tengok kat tv, aku tak perasan bila filem tu nak tayang, tapi aku rasa macam terpanggil je nak tengok. Ya, nak sangat menonton cuma agak berkira-kira nak tengok di panggung atau AstroFirst sebabnya, bila citer-citer melayu ni tak payah nak tunggu lama dah sekarang. Kejap je kau orang dah boleh tengok kat TV. Bayar tiket sampai RM10-RM12 buat rugi je. 

Err... okeh, aku nak tulis pasal filem Adiputra dengan Nora Danish. Aku memang minat Adiputra. Lebih suka dia daripada Aaron Aziz. Tak sure apa sebab tapi mungkin he's my type. Kehkehkeh! Kemain ko ye, msgoodnite. Nora Danish memang aku tak minat la, pesen lenje gitu, geli sket aku tengok, tapi dia memang ada chemistry bila berlakon dengan Adiputra. So, aku boleh layan. 

Kalo tak silap aku filem tu, tajuk dia "Aku Terima Nikahnya..." agak seram tajuk dia kan? kahkahkah! Seram jadahnya, kecuali kau orang pesen menolak perkahwinan, seram la kot. Aku steady je tunggu bakal suami aku sebut ayat tu. Orait, actually citer ni belum tayang tunggu 11 Oktober nanti baru main tapi aku tertengok "di sebalik tabir..." dia semalam, itupun dah nak abis dah. Sempat la tengok trailer. SEDIH, siotttt!
Sedih sebab dalam filem ni diaorang adalah pasangan suami isteri yang kahwin atas dasar cinta (kot) tapi lepas suami dia hilang ingatan akibat kemalangan, semua berubah. Mungkin plot cerita cliche atau juga ada sedikit macam satu drama TV yang aku pernah tengok lakonan Nora Danish dengan Beto Kusyairi tapi cerita bab suami/isteri teraniaya ni, memang aku tak boleh tahan. 

Siapa teraniaya? Nora Danish la kot, sebab Adiputra dah tak ingat dia ada bini, siap boleh kata rasa macam berkhalwat je. Tapi dia projek ringan-ringan dengan makwe baru takde fikir berkhalwat pulak. Cilake betei. Err.. tengok sendiri la nanti ehh... 

3 ulasan:

dek sucheee berkata...

Saya nak tgk jugeeee....sbb kalau abam adi ganding ngan ND mmg menjadikkkk...

Gillette Flores berkata...

Takde astro.
Agak sedih je rasanya :p

-MsGoodNite- berkata...

Adek Suchee - Boleh! boleh! jom pakat tengok :)

Gillette Flores - Alaa, takpe.. tgk wayang suruh boifren belanja, ok? :)