MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Oktober 24, 2012

Kau Dan Aku...



Kau dan aku…
Kita ibarat sepasang selipar yang bersama
Tapi cuma untuk seketika
Tiba waktu sang tuan lalai menjaga
Kau kehilangan aku
Dan aku kehilangan kamu
Mungkin salah satu kita
Hilang di bawa arus longkang
Atau digonggong anjing tak bertuan.

Kau dan aku…
Kita ibarat sepasang tayar basikal fixie
Dengan rim berwarna indah menyerlah
Menggambarkan hati kita
Yang sama menyala dan membara.

Kau dan aku…
Ibarat sepasang raket badminton
Saling memerlukan untuk pelengkap permainan
Kerana kau lekaki dan aku perempuan
Tidak akan mungkin
Aku mahu mendampingi perempuan lain
Dan aku tahu kau STRAIGHT seperti aku.

Tapi…
Kau dan aku bukan seperti sepasang anting-anting cantik
Janggal dan jelik jika tiada satu
Malah kita selalu kelihatan sendirian
Ada aku, tiada kamu
Ada kamu, tiada aku.


Kau dan aku…
Bukan seperti sepasang tangan
Lebih kuat jika berdua
Lebih sempurna jika bersama
Malah kau tetap hebat tanpa aku
Aku tetap akan seperti ini
Ada atau tiadanya kamu.

Kita hanya mampu menyulam angan
Membentuk impian
Mengukir harapan
Tapi kita tidak mampu merealitikan ungkapan
Kerana kau adalah kau
Dan aku adalah aku.




~msgoodnite~

6 ulasan:

Gillette Flores berkata...

Nukilan msgoddnight ya?
Impressive1 :)

-MsGoodNite- berkata...

Yup! Thanks, msGillette Flores ;)

akuPM berkata...

Budak ni mmg kdg2 kreatif llaaaalaalaaaa

-MsGoodNite- berkata...

Baguskan, budak tu? Hihihi

akuPM berkata...

Ceh, pakai selipar terbalik nampakkkk hehehehe

-MsGoodNite- berkata...

Mana ada...selipar tu betul tu. Cuba tengok kedudukan dia..