MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Oktober 15, 2012

Review INVASI

Honestly, aku tak berapa gemar dengan cerita bercorak sains fiksyen. Cerita fiksyen suka, tapi tidak kepada sains fiksyen. Sama ada filem atau buku, jalan cerita yang diolah selalunya mengarut dah tak tercapai di akal manusia. Sampai ke tahap boleh terpesong akidah kalo tak cukup ilmu asas agama. *tetiba bersikap konservatif*

Oleh sebab itu, Invasi menjadi koleksi buku FIXI yang agak lewat untuk dimiliki. Kalo tak kerana niat nak mengumpul semua novel FIXI (tak termasuk antalogi cerpen dan retro) mungkin peluang memiliki Invasi cuma 5% saja. 


Seperti cerita-cerita sains fiksyen yang lain, Invasi digarapkan dengan sebuah cerita rekaan yang berkisar tentang pencerobohan makhluk asing ke bumi atau lebih tepat - MALAYSIA. Pernah terbayang dalam fikiran ke tak, kalo kita akan diserang oleh makhluk asing? Selalunya tengok filem orang putih saje yang suka buat cerita tak masuk akal macam ni tapi bila kisah sebegini diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat tempatan, sumpah ianya seperti realiti.

Bagi aku, walaupun kebarangkalian kejadian seperti ini akan berlaku pada kita sangat kecil tetapi tidak mustahil akan berlaku pada masa depan. Kecanggihan teknologi yang melampau-lampau sekarang ni tak memustahilkan perkara mustahil ini boleh berlaku. Yelah, satelit sana-sini, tujuan asal untukmemudahkan komunikasi tapi tanpa kita sedar, kita mendedahkan diri kepada makhluk lain di luar sana. *sebetulnya wujud ke tidak alien ni?* Sebut tentang tiada yang mustahil, contoh dah ada. Jika dulu kita selalu dengar orang cakap "perangai boleh diubah tapi muka tak boleh diubah". Tapi sekarang berlambak-lambak orang mengubah muka. Tapi perangai tu pulak yang tak berubah-ubah.

Secara peribadi aku mengatakan Invasi sedikit sebanyak dipengaruhi oleh elemen-elemen yang pernah digarap oleh dua orang penulis yang aku baca sebelum ini - Adib Zaini untuk Zombijaya dan Brader Leplep untuk Hero Yang Paling Hero. Zombijaya, walaupun takde alien "workshop" tapi unsur survival, kekeluargaan, persahabatan jelas menjadi tunjang kepada cerita tersebut. begitu juga dengan Invasi. Manakala HYPH pula jelaslah berkisar tentang ancaman makhluk asing ke atas manusia. Tidak pula aku nak kata penulis Raja Faisal memplagiat atau mencedok idea kedua penulis tersebut kerana masing-masing ada kekuatan dan kelainan sendiri.

Selalunya cerita sains fiksyen tidak akan dapat lari dari mempersoalkan tentang kecanggihan teknologi, kehadiran makhluk asing dan lain-lain yang berkaitan. Jadi, tak hairan kalau ceritanya lebih kurang nampak sama.

Bagaimanapun aku respect dengan idea yang ditonjolkan oleh Raja Faisal. Beliau mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk menterjemahkan setiap jalan cerita agar kelihatan realistik dan mempengaruhi perasaan pembaca. *nampak sangat aku terpengaruh* Ingat senang ke nak merekacipta satu cerita yang memang rekaan semata-mata tapi nak bagi nampak macam non-fiksyen? Cewaahhh! Kalau buat cerita perang pun belom tentu boleh bagi point detail. 

Apapun, aku terhibur dengan Invasi, tidak menyesal memiliki kerana masih boleh mempengaruhi emosi.


2 ulasan:

reenapple berkata...

aku belum baca lagi.. dan belum beli lagi.. haha. Hari tu nampak.. tapi aku p beli BISIK dulu.. ngeh ngeh

-MsGoodNite- berkata...

Kan.. aku pun beli BISIK dan LICIK dulu, sebelum beli INVASI.