MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Jumaat, Disember 14, 2012

Cerita Malaysia Tak Jadi Juara AFF Suzuki Cup 2012

Agak lama juga tak up entry pasal bola dan rasanya ini masa yang sesuai tambahan lagi dengan kegagalan Malaysia mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki setelah tewas kepada Thailand di separuh akhir dengan agregat 3-1.
Bermula sumbang pada peringkat kumpulan apabila kalah kepada Singapura 0-3, menang agak besar dengan Laos 4-1 dan menang agak bergaya Indonesia 2-0.
Separuh akhir pertama di SNBJ menyaksikan permainan yang agak seimbang, dan boleh dikatakan menarik. Kedua-dua pasukan Malaysia dan Thailand bermain dengan cemerlang - (serangan dan pertahanan). Seri 1-1 sama bukanlah keputusan yang kita mahukan. Apatah lagi bermain di tempat sendiri, sudah pasti kita menghajatkan kemenangan dan sebolehnya tidak mahu Thailand mendapat jaringan. Namun, dari corak permainan, sebenarnya Thailand lebih mendominasi dan hantaran kemas pemain Thailand sepatutnya dipelajari pemain Malaysia.
Bek kanan, Mahali Jasuli secara tak langsung dah jadi defensive midfielder berjaya mengekang kemaraan Thailand untuk menjaringkan gol dan turut banyak membantu striker untuk membuat percubaan ke arah gol lawan. Itu cerita di SNBJ.
Malam ini, di Stadium Supachalasai, Bangkok segala yang dilihat di SNBJ hilang. Taktikal apakah yang diatur oleh King Gopal dengan menurunkan Mat Yo sebagai penyerang tunggal? Defend 3, dan selebihnya berkumpul di tengah. Masih mengharapkan Mahali boleh mentransformkan dirinya jadi defensive midfielder, maka turun naiklah beliau membantu pertahanan dan bahagian serangan yang tunggal terkontang kanteng. Di mana Safiq? Amar Rohidan? Aku hanya dapat lihat Baddrol, Alex dan Kuna ke sana sini mendapatkan bola. Dapat di kaki Mat Yo, baru nak gelecek hilang dibawa lari sang gajah. Sungguh damn!
Aidil kerap meninggalkan posisi terlalu jauh hingga bagi terlalu banyak ruang untuk striker Thailand membuat percubaan dari jarak dekat. Pada pemerhatian aku, sebenarnya kucar kacir pertahanan sudah bermula sebelum Fadhli Shas dibuang padang lagi. Kemalasan Amar Rohidan membuat overlapping serta kelekaan Aidil. Aku tak faham kenapa kedua pemain yang kerap buat mistake ini masih diberi peluang untuk duduk di 1st eleven?
Kenapa seorang penyerang? Apakah skill Mat Yo tu dah cukup bagus untuk menembusi gawang Thailand. Kemon la Datuk, realistik la sket. Mat Yo bukan Messi - dgn jarak 60 meter, beats 6 players dan score gol.
Kekalahan malam ini sepatutnya menyedarkan kita bahawa bola sepak kita masih sama. Tidak ada kelainan, tidak ada peningkatan. Korang tengok tak corak hantaran kemas pemain Thailand, kawalan bola, counter attack diorang macam mana? Mungkin kemenangan yang belum ini adalah kerana nasib, bukan kerana Malaysia pandai main bola. Referee memang cibai tapi permainan kita juga kurang sikit daripada itu. Perbukaan game pun dah nampak pincang. Korang perasan ke tidak? Grrr....
Kembali ke dunia realiti bola sepak kita, pengurusan perlu berubah. Luaskan pemilihan pemain. Ramai pemain star Malaysia sebenarnya tapi tidak diberi peluang untuk menyarung jersi kebangsaan. Sedih!
Akhirnya Malaysia masih tidak dapat meleburkan rekod tanpa kalah Thailand bertemu Malaysia. Tamatlah cabaran Harimau Malaya untuk AFF Suzuki Cup edisi 2012.
Sekian, terima kasih.





Sent from my BlackBerry® wireless device







2 ulasan:

snf berkata...

sokong 100%. ramai dok kata refree refree refree.mmg salah satunya tapi cket sgt sbbnya. sblum tue nmpak dah mcm tangah xmen peranan langsung.LANGSUNG xmne peranan. adddooii. saya yg xreti pasal bola pun leh tgok napelah tengah mcm kosong smpai je kat pertahanan terus hanatr ke penyerang tp xsmpai bola out/dpt ke thai then mmbazir.addoi.geram pun ade.lau mcm tue baik men 5-5 peneyrang 5 pertahanan 5.hahahhaa

-MsGoodNite- berkata...

Yeah.. tapi siapalah kita kan...