MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, Julai 31, 2013

Maaf? Apa tu?!

Tahun 2012

Agak lama tak jumpa dengan seorang kawan lama ini. Makan belas tahun juga tak jumpa. Akhirnya Tuhan ketemukan aku dengan dia di sini. Dengan keadaan kami banyak berubah. Faktor usia, maksud aku.

Aku mengandaikan pertemuan dirancang ini adalah pertemuan jejak kasih antara sahabat. Kami pernah berkawan baik walopun bukan bff. Lepak, makan, belajar sama-sama. Ibaratnya, aku tahu dia dan sebaliknya.

Aku mengharapkan selepas pertemuan yang dirancang itu, kami akan terus boleh berhubungan bersama-sama sahabat lain. Biar kita bina satu komuniti antara kita; yang pernah sama-sama hidup sebagai pelajar.

Malangnya, ia tidak seperti yang diharapkan. Malah menjadi seperti drama yang aku kirakan seperti realiti. Tetapi reali yang akhirnya menyakitkan. Apakah aku terlalu naif atau bodoh sehinggakan tidak sedar aku menjadi badut dalam drama itu? Drama yang aku kira agak suwit tapi sebenarnya sangat pahit.

Seorang ibu menjadi saksi air mata ini mengalir mengenangkan kebodohan diri. Seorang sahabat menjadi saksi pengakuan seorang dumber yang seperti tidak berkesudahan.

Masalahnya, kenapa aku yang dipilih? Kenapa aku yang dijadikan kambing hitam? Apa salah aku? Apakah kerana masih tersisa dendamnya kepada seorang sahabat kami? Tapi apa kena mengena dengan aku?

Demi Tuhan, apa yang berlaku sangat memeritkan. Malah aku seperti tidak akan pernah maafkan dia lagi walopun mungkin dia sendiri tidak ada rasa bersalah.

Sent from Yahoo! Mail on Android

Tiada ulasan: