MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, November 09, 2013

Piala Malaysia Experience


Macam terkejut kan? Baru beberapa hari update post pasal water rafting, hari ni pepagi dan update pasal bola plak. Tapi agak terlewat sket menghapdetnye. Al-maklum, aku sekarang bizi tahap YB.

3rd Nov Perlawanan akhir Piala Malaysia, Kelabtan menentang Pahang. Honestly, kedua-dua pasukan ni aku sokong sepanjang kempen Piala Malaysia sebab - This Is Pantai Timur. Tapi bila dah kedua-duanya berjaya ke pentas final, akan terjadi satu kecelaruan di situ. So, aku kena decide nak sokong team mana.
Decide nak sokong team mana ni adalah bermakna aku kena decide nak duduk dekat penyokong mana masa di stadium nanti. Aku dapat tiket free untuk menonton di stadium SA.

Bila Zizi kata nak joint sekali sepupu dia penyokong Pahang, so maknanya aku kena decide Pahang sebagai destinasi sorak. Kami planned pakai jersey Harimau Malaysia saje. Aku biru, Zizi kuning. Nak beli jersey Pahang? Bior la.. aku penyokong This Is Pantai Timur, bukan penyokong Pahang tegar.
Tapi jika dibandingkan Pahang dengan Kelantan, aku lebih mengenali ramai pemain Kelantan berbanding Pahang. So, sepanjang perlawanan berlangsung walaupun aku duduk dibarisan penyokong Pahang, dalam hati aku amat berharap Kelantan akan membuat kejutan.

Inilah kali pertama aku melihat suasana di perkarangan stadium yang harmoni dan penuh persahabatan. Penyokong kedua-dua pasukan boleh bergaul tanpa prejudis antara satu sama lain. Tiada wujud provokasi, nganjing menganjing, sorak menyorak sebaliknya boleh berkumpul berbual bersama. Aku dan Zizi yang pada awalnya sangat cuak kerana tidak berjaya berjumpa dengan sepupu beliau dan akhirnya terpaksa akur untuk meredah lautan manusia di dalam stadium secara berduet, akhirnya merasa lega dan tenang kerana tiada unsur-unsur khianat kepada gadis manis seperti kami. Cewaahhh!

Dapat masuk ke stadium hampir jam 6 petang, ketika itu stadium sudah sesak. Aku dan Zizi terpaksa naik ke level 5 untuk mendapatkan view lebih jelas dan tempat duduk kerana penangan water rafting tidak akan memungkinkan kami berdiri selama lebih 180minit. Nasib kami baik sebab jumpa tempat duduk kosong di sebelah kakak-kakak wanita umno atau puspanita dari Jerantut di sebelah kanan. Sebelah kiri tak nak cerita. Menjijikan. Hahahaha

Aku boleh kata comrad Tok Gajah sangat happening malam itu. Diorang tak berhenti chant. Macam-macam lagu, macam-macam lenggok sorak. Sangat mengujakan. Aku sure, Poyotito, Brader Leplep, Pipiyapong, Amar Amir dan beberapa lagi rakan blogger Pahang berada di kelompok itu. Mereka-mereka ini adalah penyokong tegar Tok Gajah. Dan kejayaan Tok Gajah semestinya membuatkan mereka mengalir air mata. Aisa Linglung? Beliau di luar daerah, menyokong dari jauh barangkali.

Sepanjang perlawanan, Pahang banyak mengasak. Sesekali Kelantan membuat counter attack tetapi keeper Pahang berjaya menghalang percubaan dekat yang di buat pemain Kelantan dengan cemerlang sehinggalah akhirnya gawang Kelantas bolos oleh tandukan Martias Conti pada minit ke berapa ntah...
Waktu itu aku agak kecewa, tetapi dapat aku rasakan kegembiraan penyokong Pahang.

Mereka tak berhenti bersorak sehingga ke minit terakhir perlawanan dan akhirnya Pahang juara Piala Malaysia. Masa itu, barulah aku bersorak seperti Terengganu yang menang. Lepas perasaan dowh! Hahahaha... lepas keluar stadium aku beli head cover kepala gajah comel, jambu batu, air dan kacang rebus yang dijual singgit satu, dan kemudian mengharungi jammed untuk keluar parking. Sekian..

*pic suasana dalam stadium x dpt upload. Sorry..

Sent from Yahoo Mail on Android

Tiada ulasan: