MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, November 04, 2013

X-Games : White Water Rafting

Hai, lama gile babas alagapas rasanya aku tak menconteng kat sini. Sangat-sangat ketandusan cerita untuk dirungkaikan walaupun hakikatnya setiap hari aku menjalani kehidupan yang berwarna warni dan almost happening lately. Tapi abaikan dulu soal itu sebab aku nak share pengalaman aku dan bff buat water rafting pada 2hb Nov hari Deepavali lepas.
Rancangan nak main X-games ni datang dari Zizi. Dia yang gatal2 pegi google blog2 berkaitan dan akhirnya jumpa dengan PIEROSE company yang buat aktiviti ni. Dengan bayaran rm180 seorang, kami sepakat berlima untuk mencuba something new dalam hidup. Cewaahhh!
White Water Rafting yang kitaorang buat ni pada awalnya dirancang diadakan di Kuala Kubu Baru. Level 2 hingga 4. Tapi masa kitaorg berkumpul bersama peserta lain dan Kent anak kepada En.Pie tokey PIEROSE, kami dimaklumkan sungai di Kuala Kubu Baru ditutup untuk rafting sebab air takde - dam selangor ditutup. Maksudnya paras air tak mencapai tahap yang diinginkan untuk rafting. Oleh demikian kami terpaksa bergerak ke Slim River, Perak secara convoy untuk meneruskan aktiviti kami.
Ada ramai yang ikut serta program hari tu. Lebih dari 6 group termasuk kitorang yang joint wwr on that day. Ramainya Chinese. 4 orang white people dan the rest of others is melayu. Yes! Sebelum start, En. Pie bagi briefing cara2 nak handle boat and paddle, code2 arahan semasa di atas boat, signal2 untuk rescue dan lain-lain yang berkaitan. Masa ni, aku dan bff memang dan macam nebes. Group lain aku tak tau. Lantak diorang. Tapi En. Pie pandai buat lawak so kami tak stress.
Aku rasa group kami macam lucky sebab dapat En. Pie jadi jurumudi kami bersama seorang guy orang asli bernama Gas. Aku rasa lebih lucky, fun dan safety bila bos PIEROSE ada atas boat sama ngan kitorang. Dan aku rasa juga group kitorang paling happening and fun kot sebab asyik menjerit dan bising atas boat. Hahaha.. aku jerit sampai jeram 4 je kot. Lepas tu dah letih nak jerit. Si Ain dan Zizi je rajin. Lantak ko lah. Asalkan happy. Hahahhaa..
Jatuh. Yup! Itu semestinya. Kalo tak satu boat terbalik, sorang dua mesti jatuh dan harus diselamatkan. Yang 1st jatuh ialah Farah. Aku dapat selamatkan dia sebab Ain yang dekat dengan dia dah panic. Tak lama lepas tu Zizi but Zizi jatuh selamba, tempat air tak dalam dan kebetulan boat sangkut pada batu. Dia jatuh then boleh pose atas batu macam duyung. Puiii! Tapi yang paling teruk aku rasa Zaza. Dia jatuh dekat arus deras. Aku cuba capai life jacket dia tapi arus sangat kuat, aku x dapat nak tarik dia betul2. Aku tengok dia dah macam tercekik so aku terpaksa lepaskan life jacket and grap lengan dia walaupun sebenarnya cara tu salah. Nasib baik ada Gas kat depas, so he helped her. Zaza nampak sakit but she's fine. Alhamdulillah.
Lepas daripada tu Farah masih jatuh dari boat sampai 3 kali. Slippery dan faktor tak sempat berpegang pada tali tepi boat yang buat dia jatuh setiap kali merempuh jeram besar. Jatuh untuk kedua dan ketiga kali buat Farah kate doesnt matter dah. Perghhh! Tapi betul, selepas je lalu 2-3 jeram, nebers terus hilang malah seronok sangat.
En.Pie kata Slim River is easy then KKB sebab level di sini 3 saja. KKB got jeram level 4. InsyaAllah lepas ni if berpeluang kitorg nak buat lagi but di KKB. Sapa nak joint, jom! Really happening!

1 ulasan:

2ampeada berkata...

wah cam best. lasak gitu.