MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Jumaat, Mac 21, 2014

Review Bercakap Dengan Jun

Agak lama tak menulis ulasan buku yang aku baca. Buku pilihan hari ini Bercakap Dengan Jun tulisan brader Hasrul Rizwan yang terbaru terbitan Dubook Press. Bagi aku ini adalah yang terbaik tulisan beliau selepas Murtad dan Tuhan. Bercakap Dengan Jun bukanlah meniru buku tulisan penulis Tamar Jalis; siri Bercakap Dengan Jin tetapi ia mengisahkan kehidupan seorang manusia.

Saya bekerja sebagai seorang pencopet beg duit manusia-manusia yang menggunakan khidmat pengangkutan awam monorel di Kuala Lumpur. Walaupun saya sendiri tidak tinggal di sana. Manusia yang leka dan lalai dengan aktiviti sendiri, yang itulah menjadi pilihan saya. Mudah untuk saya menjalankan tugas. Mungkin dengan gaya pakaian kemeja bertali leher, seluar khakis, berjaket dan berkasut kanvas, manusia-manusia dalam train menganggap saya seorang budak pejabat.

Saya tinggal di Taman Cekur Manis, di daerah Kuang. Jangan cari dalam GPS atau peta Malaysia sebab taman itu tidak wujud kerana ianya hanyalaha sebuah projek perumahan terbengkalai. Arwah emak tidak sempat pun tinggal di rumah itu apabila pemaju lari bersama wang pembeli sedangkan rumah belum siap sepenuhnya. Di sini saya tinggal tetap bersama Saigon, anjing hitam belaan saya dari ia masih kecil, merupakan teman baik saya, waktu susah, senang malah hingga ke akhir hayat kami. Tiada orang lain selain kami tinggal di Taman Cekur Manis kecuali ia menjadi tempat persinggahan mat pit dan merpati sejoli yang mencari tempat beromen.

Kehidupan sebagai pencopet saya berubah 100% dengan kehadiran Ranum. Gadis yang saya curahkan seluruh kasih sayang. Ranum juga begitu. Kami berkongsi cinta. Saigon sebagai saksi. Sehinggalah satu kejadian yang meragut nyawa Saigon dan saya dan melepaskan Ranum kepada orang lain. Saat itu juga barulah saya mengerti keadaan sebenar. Kenapa manusia begitu kejam? Demi Tuhan, saya sayangkan Ranum sepenuh jiwa raga saya dan Ranum juga sayangkan saya.


Sent from Yahoo Mail on Android

Tiada ulasan: