MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Ahad, April 20, 2014

Tentang Rasa 2

Lama betul tak menulis kat sini. Bersawang ke tak blog ni, aku sendiri dah tak kesah. Tapi tak bermakna aku melupakan. Cuma aku tiada cerita hendak dikhabarkan.

Tinggal tak sampai 50 hari lagi menjelang hari pernikahan aku. Pejam celik pejam celik dah nak abis bulan 4. Masuk saja bulan 5, maknanya aku ada lagi sebulan untuk semua persediaan, sama ada untuk majlis dan juga persedian metal fizial aku.

Terus terang, aku terdera sekarang. Terdera dari segi mental dan perasaan. Tak tahu kenapa, semakin dekat dengan hari bahagia aku jadi semakin kerap menangis. Terlalu banyak yang aku fikirkan, terlalu banyak yang aku risaukan. Bila aku ajukan pada orang, mereka akan kata itu adat la orang nak kahwin. Teruja, gembira, resah gelisah. Ya, aku tahu dan faham itu. Tapi malangnya apa yang mereka katakan itu masih tidak mampu membuat aku tenang. Aku menangis, kerana aku merasakan kesedihan yang terlalu. Kesedihan yang selalu hadir bila aku di atas tikar sembahyang. Kesedihan yang selalu hadir bila aku bersendirian.

Hati aku sering diusik hiba. Dan hanya pada Allah tempat aku meluahkan kesedihan aku sehinggalah aku menulis tentang ini sekarang.

Setiap orang akan mengharapkan yang terbaik dalam hidupnya. Sama seperti aku. Alhamdulillah, syukur kepada Yang Esa kerana mempertemukan aku dengan bakal suami aku. Seorang yang aku kenal secara singkat, namun aku dapat rasakan dia adalah jodohku. Kami tidak bercinta seperti orang lain. Cukup untuk kami mengenali diri secara ringkas dan kenal keluarga masing-masing. Aku yakin dan percaya dia adalah imam yang aku doakan kepada Allah semoga dipertemukan.

Ya Allah, kurniakanlah keharmonian dan kebahagian rumahtangga yang bakal aku bina berlandaskan cinta-Mu. Sesungguhnya aku menginsafi segala kekurangan, kejahilan, kekhilafan diriku dan mengharapkan keredhaan-Mu di atas kehidupanku dunia akhirat. Kurniakanlah segala rahmatMu, ku bermohon kepadaMu Ya Allah, segala kebaikan daripada apa yang telah Engkau takdirkan untukku. Sesungguhnya aku juga mengharapkan keampunan dariMu di atas segala dosa yang pernah aku lakukan. Rahmatilah kehidupanku, matikanlah aku dalam keimanan kepadaMu. Aamiin..aamiin..aamiin ya rabbal alaamiin.

Sent from Yahoo Mail on Android

Tiada ulasan: