MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Januari 26, 2015

Nenda Sultan Mangkat Dan Tudung Putih

Hai!
Rasanya bermula semalam dah viral di media sosial dikalangan orang-orang Terengganu apabila dimaklumkan tentang kemangkatan nenda Sultan Mizan iaitu Tunku Ampuan Intan. Kat fesbuk dan whatsapp ramai yang duk share tentang artikel yang ditulis oleh TerengganuKite.

Artikel yang memaklumkan tentang kemangkatan baginda almarhum serta perintah pengkabungan dari pihak istana selama 40 hari bermula 25 Januari hingga 4 Mac 2015. Arahan yang menyebut, semua kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di seluruh Terengganu mesti berpakaian seperti yang ditetapkan iaitu lelaki Islam mesti bersongkok dan berlilit putih manakala perempuan bertudung putih.

Nah! Disinilah masalah mula timbul bila permintaan terhadap tudung berwarna putih menjadi tinggi. Kebanyakan kedai kehabisan stok tudung putih. Aku sendiri menjadi salah seorang government servant yang mula terkial kial merayap dari sebuah kedai ke sebuah kedai mencari tudung putih.

Akhirnya jumpa tudung yang aku pakai hari ni. Putih nila. Putih yang macam direndam pewarna nila. Almaklum sajalah, aku memang seteru pakai tudung warna putih. Rase tak kena saje dengan wajah. Tapi kira okay la ni...kategori putih juga.

Malam tadi mak mentua aku baik hati bagi pakai 2 helai tudung putih dia. Dan pagi tadi juga aku sempat selongkar dalam kotak baju lama, jumpa 2 helai lagi tudung kategori putih. Alhamdulillah. Sekurang kurangnya tak perlu beli lagi. Bolehlah 3-4 helai tudung ni dipakai bergilir selama 40 hari (kurang daripada tu, bila tolah hari cuti) pergi kerja.

Penangan tudung putih, bila dah ada situation macam ni baru semua nak kelam kabut.

Sent from Yahoo Mail on Android

Tiada ulasan: