MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Selasa, Oktober 06, 2015

Cuti Jerebu

Semua maklum pasal fenomena jerebu yang sedang melanda negara sekarang. Okay, mungkin bukan fenomena tapi bencana ke atau apa perkataan yang lebih sesuai, aku tak reti hahaha.



Semenjak 3 Oktober 2015, indeks bacaan IPU telah menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap isu jerebu di seluruh negara. Sehingga 4 Oktober 2015, bacaan IPU Tidak Sihat telah dicatatkan di seluruh semenanjung kecuali Kelantan. Oleh demikian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh rasa tanggungjawab telah mengeluarkan kenyataan media serta merta mengarahkan semua sekolah di semenanjung kecuali Kelantan, Sabah dan sarawah ditutup selama dua hari melibatkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

Point aku menulis entri ni adalah mewakili rakan-rakan kakitangan awam yang berkhidmat di sekolah seluruh negara yang terlibat dengan cuti untuk melahirkan rasa gembira hati kerana dapat cuti free dua hari tanpa perlu diganti. 


Sekian, terima kasih.


Huahahaha! *Gelak jahat*

Tiada ulasan: