MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Oktober 08, 2015

Plan Balik Kampung Tak Jadi

Okay, entri ni agak serius. Buka tajuk drama parody. Aku tak memain. Mak aku jatuh masa gi beli ikan kat kedai. Itu cerita utama.

Asalnya plan esok aku, mak dan abah nak balik Dengkil barang sehari dua sebab mak kata dah lama tak balik. Ok, fine. Aku memang suka juga kalo bab balik kampung. Banyak benda yang aku suka. Tapi aku tak nak citer kat sini.

So hari ni dah rasa bunga-bunga sebab esok dah nak gerak tinggalkan encik somi yang bizi bodi dengan kerja. Sedang aku siapkan last task untuk exam PT3, abah aku call bagitahu rancangan balik kampun batal sebab mak jatuh.

Kata abah, mak baru balik klinik. Dia jatuh time nak beli ikan. Lantai licin so dia tergelincir tapi aku tak tahu camne keadaan mak jatuh. Abah cakap kaki dan muka mak bengkak-bengkak.

Ada orang baik hati tolong hantar mak balik sebab mak selalu pegi kedai bawak motor sendiri. Nasib baik jugak Din (adik aku) tak keje hari ni, so dia bawa mak pegi klinik. So far abah cakap mak takde pape yang seriu melainkan bengkak-bengkak tu tapi tengok la malam karang macam mana pulak.

So, karipap tempahan si zaza dan sutera farah sempena wedding dia aku tak dapat nak deliver lagi. Next time tapi tarikh baru tak dapat ditetapkan lagi. Papepun tunggu mak aku sehat dulu. 😢😢


Sent from Yahoo Mail for iPhone

Tiada ulasan: