MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Jumaat, November 20, 2015

Gagal

Rasa bersalah sangat sebab dah buat mende salah.

Jujur, malam ni aku terpaksa lepaskan 2 ekor anak bulus yang masih kecil. Masalahnya bukan lepaskan pada orang untuk dijaga tapi lepaskan dekat balairaya, tempat memula husben amik Luca. Goshh! Hujan lebat pulak malam ni.

Aku memang nak jaga anak bulus 2 ekor tu. Tapi dah seminggu tak dapat nak train lagi dua ekor tu betul-betul macam Leyci. Berak bersepah. Kencing merata. Dengan muntah lagi, dengan pasir toilet merata-rata. Makan pun susah. Bising aje lebih.

Ok, stop. Aku bukan nak mengutuk, lagipun dua ekor tu cuma anak kucing yang tak tahu pape. Walopon masa aku mula-mula bela Leyci, dia puan seekor anak kucing yang hilang arah. Tapi Leyci sangat mudah dibentuk. Sekrang dah besar dan bijak walupon dia tak pandai bercakap, apatah lagi membaca.

Luca dan Lucy, maafkan mami ye. Mami gagal jadi mak kamu macam mami jadi mak Leyci. Harap kamu baik-baik saja kat situ. Jaga diri, macam mana kamu jaga diri masa memula kat rumah mami. Garang jer. 

Tiada ulasan: