MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Rabu, November 25, 2015

Selamat Hari Jadi, Sahabat

Kau masih ingat lagi tak, kenangan 17 tahun lalu? 

Kisah kita bukan kisah cinta, sebab kita bukan pasangan kekasih.
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa selesa berkawan dengan kau. Kau memang lain. Tak macam kawan-kawan lain. Soalan kau, "kenapa kau suka kawan ngan aku?". Aku jawab ikhlas, "aku selesa kawan ngan kau.  Aku rasa kau faham aku dan aku faham kau 

Selama 2 semester kita sangat rapat. Mana ada aku, situ ada kau walaupun cuma di kolej. Kawan-kawan lain pun faham keadaan itu. Mungkin juga ada yang mentafsirkan kita sebagai couple walau hakikatnya kita cuma sahabat baik. Berjalan berdua ke perhentian bas, menarik perhatian mata-mata dari dalam kenderaan yang sangkut dalam jammed.

Kau ingat lagi tak, kenangan 17 tahun lalu?

Kau selalu cerita masalah kau di rumah. Aku cerita masalah aku di rumah. Kita cerita di bus stop. Kau tunjukkan aku birat-birat merah. Kau menangis, aku menangis. 

Sehingga satu waktu, kau tidak datang kelas. Lama. Dan akhirnya kau beritahu kami, kau extend. Extend yang tak kembali sehingga aku habis kuliah. 

Bertahun aku simpan surat dan kad valentine yang kau bagi kat aku. Surat mohon maaf kau bila aku cakap aku terasa dengan kau sejak kau ada gf. Kad Valentine Friendship sebab kau hargai persahabatan kita. 

Ya, aku selalu ingat kau. Ada masa aku rindu waktu remaja kita. Bila rindu, aku menangis sikit terutama bila teringat waktu suka duka kita. 

Masa berlalu, zaman berubah. Tapi aku tahu persahabatan kita takkan putus walaupun jarak dan masa membataskan kita. Kau tetap Zack yang aku kenal 17 tahun lalu. 

Sempena birthday kau yang ke (kita sebaya), aku mengharapkan yang terbaik untuk kau. Aku doakan kesejahteraan kau dunia akhirat. 

Tiada ulasan: