On 5th May maksudnya dah 2 tahun aku kahwin dan menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Dalam 2 tahun ni, walopun rasa macam baru tapi sebenarnya pelbagai pengalaman juga yang aku dah tempuh dalam hidup berumahtangga. Aku tak nak sebut hidup berdua sebab ada waktunya aku hidup dalam keluarga besar bukan hanya kami berdua saja. Itu normal. Bila menikah, kita bukan saja menikah dengan lelaki yang menjadi suami tapi juga dengan keluarganya. Begitulah sebaliknya.
Aku rasa nak meluah. Tiada yang berkaitan dengan orang lain tapi diri aku semata-mata. Aku rasa sejak 2 tahun ni hidup aku dah lain.
Lain dari beberapa perkara biasa yang aku selalu buat dan lalui. Tiada lagi Baim Wong, sinetronnya dan Aimluvs yang dulu aku ikuti. Tiada lagi FC Barcelona, aktiviti bangun pukul 2-3 pagi untuk menonton EL CLASSICO , Champion League hatta World Cup hari tu pun aku acuh tak acuh saja. Tiada lagi Terengganu FA, berhambat ke stadium dengan jersi. Sebenarnya benda ni bukan aku benci atau dilarang tapi otomatik dia jadi suram, pergi dari diri aku.
Dah lama tak baling bola bowling, kasut bowling aku makan diri tak terusik, beg terhenyak, bola berdebu. Sekarang aku hanya mampu berkaraoke di SMULE. Itupun hanya hari minggu. Opss! Bukan tiap minggu pun. Ni dah bape minggu tak smule. Nasib baiklah aktiviti wayang masih hidup, suami boleh temankan. Dulupun, aku hanya pilih cerita tertentu untuk ditonton. Tak timbul masalah.
Bermalasan di rumah masih menjadi habit, suka travel, holiday masih kuat dalam diri walopun sekarang terhad kerana suami aku bukan kaki jalan. Tapi aku tetap pasang angan-angan dan perancangan untuk bercuti lagi. Seperti tahun 2016 ni, sepatutnya aku bakal terbang ke Lombok, tapi kerana adik ipar akan berkahwin pada tarikh yang hampir dengan date aku, terpaksa aku batalkan walopun tix sudah dibeli. Tahun depan pun masih belum tentu dapat ke Jogjakarta atau tak. Kemungkinan seorang lagi adik ipar akan kahwin. Tahun seterusnya begitu. Setiap tahun ada saja yang mahu berkahwin. Ya, berkahwin itu bagus tapi bila jadi halangan pada rancangan aku, itu yang tidak bagus. Aku terpaksa korban duit yang bukan sikit.
Hmm.. Maaflah, aku bercerita terlalu panjang. Kadang-kadang bila lama tak menulis, sekali menulis banyak juga yang nak disampaikan.
Hmm.. Maaflah, aku bercerita terlalu panjang. Kadang-kadang bila lama tak menulis, sekali menulis banyak juga yang nak disampaikan.
Aku harap ada berita gembira untuk aku tahun ini walopun sudah masuh tengah tahun. Biar kehidupan aku yang lain ini berbaloi dan bermakna. Sebab aku mahu reason yang lebih kuat kenapa hidup aku dah lain. Bukan semata kerana aku isteri orang.
Sent from Yahoo Mail for iPhone
Sent from Yahoo Mail for iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan