Aku ada satu soalan. Jika diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, waktu bila kau nak "back to the future" dan apa yang kau nak betulkan?
Kalau aku...
Aku nak balik ke zaman waktu aku Form 4-5 dulu. Sekitar tahun 1996-1997. Banyak kenangan mengusik jiwa masa tu. Pahit, manis, sama banyak. Tapi aku lebih suka kenangkan kenangan dengan kawan-kawan sekolah berbanding "orang luar" yang hadir dalam hidup aku (tak termasuk family, sebab diorang always #1).
Aku suka mengenang je, tapi kalo berbalik pada soalan tadi, keadaan apa yang aku nak betulkan masa tu ialah...
Aku nak jadi seorang yang genius matematik. Ok, kalo tak segenius pakar matematik Adi Putra pun, cukuplah aku sebagai salah seorang pelajar terbaik matematik dan matematik tambahan. Result SPM aku the best untuk both subject. Sebab result aku yang lain ok.
Aku mengaku, aku sangat teruk dengan maths. Add maths apatah lagi. Dari sekolah rendah dah nampak ketidakpandaian aku dalam subjek ni. UPSR tahun 1992, kalo diikutkan result aku sangat memberangsangkan; itupun kalo maths aku A. Malangnya aku dapat E. 3A1E. Masa tu UPSR 4 subjek. Perasaan? Kau rase? Aku macam tak boleh nak rasa dah masa tu. Sebab dengan result aku macam tu, aku tak dapat ikut kawan baik aku masuk sekolah arab (1 of the best skool kat dungun masa tu).
Form 3, PMR. Aku cuba untuk baiki result math aku. Sebab masa peperiksaan penggal, aku terpaksa terima kedudukan no 2 @ 3 dalam kelas, semata-mata aku gagal math. Sedangkan markah aku yang tertinggi. Kau rasa?
Bila dapat result PMR, subjek pertama yang aku tengok - matematik. aku tak risaukan sangat subjek lain sebab aku takde masalah dengan "mereka" kecuali geografi. Agak menjengkelkan sedikit. Kali ni aku lulus. Aku dapat C. Suka hati bukan kepalang. Kau rasa? Tak kesian kat aku? Dapat C pun bukan main gembira. Balik rumah kayuh basikal, tak sabar nak bagitahu mak aku yang aku lulus matematik.
SPM... Aku hanya lulus 7p. Add maths pula F. Malas nak cerita, itupun nasib baik dekat-dekat nak SPM kawan aku sudi nak tolong, ajar aku ulangkaji, jawab soalan, hafal formula untuk jawab exam nanti. Kira macam kerahan la. Tu berjaya juga dapat 7p.
Dan, kalo diberi peluang kembali ke masa lalu dan betulkan keadaan, aku nak buat apa yang aku cerita awal tadi. Aku nak jadi genius math dan add math. Supaya result aku A, walau bukan A+. Aku dapat masuk U lepas SPM, bukan jadi pelajar PJJ lepas dah kerja. Dapat kerja lebih bagus dari sekarang.
No, bukan aku tak bersyukur dengan rezeki dan ketentuan yang Tuhan tetapkan untuk aku. Ini cuma kalau... Kau ajelah, kalau....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan