MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Oktober 31, 2016

Ada Apa Dengan 31 Oktober?

Bulan Oktober ni kalo dekat negara barat memang meriah dah nak sambut Halloween. Menatang hape Halloween pun aku tak tahu, yang aku tahu hari tu @ malam 31 Oktober diorang dahberhias diri dengan costume-costume yang kebanyakkannya bertemakan hantu la kot. Tapi banyak juga yang pakai costume rileks-rileks je; macam doktor ke, wakil rakyat ke, batman ke, peminta sedekah ataupun Rosmah Mansur. 

Tujuan utama diorang celebrate hari Halloween ni takde la aku nak google. Malas aih! Tak dapat duit. Kalo korang nak tahu, rajin-rajinlah google ye. Cuma tujuan aku sentuh pasal Halloween ni sebab nak kabor sempena Halloween, Astro kemain menayang lagi filem berunsur thriller, seram dan yang seangkatan dengannya. 

Sebagai salah seorang penggemar filem-filem bergenre seram (filem omputeh sahaja) dan thriller, aku telah bersiap sedia untuk me"record" filem-filem tersebut dengan Astro PVR. Nanti, macam tengok wayang "back to back" la aku nak abiskan semua filem-filem yang aku rekod tu. Tapi mesti korang tertanya-tanya kenapa aku minat filem seram omputeh aje? Tak filem melayu? 

Errr... Sebab aku penakut sebenarnya hahaha.. Kalo filem melayu tu rasa dekat sangat. Kalo filem omputeh, jaauuuhhhh. Lama nak sampai. Boleh? Kahkahkah..

Oklah. Cukuplah ni, sekadar nak menghapdet entri, apalah sangat. 3-4 bulan sekali. Jadilah.


*Taknak costume, make up saje pun boleh join Halloween*
   

Tiada ulasan: