MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Khamis, Mei 23, 2019

Ujian

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan 1440H.
Hari ini sudah masuk 18 hari puasa dan 18 hari jugalah mak aku berada di HSNZ. Ujian terbesar dari Allah buat kami sekeluarga tahun ini. Allahuakbar! Hanya bermula dengan demam yang tak kebah-kebah, 3 malam ditahan di wad Hospital Dungun. Hanya beberapa hari discharged, mak collapse. Tak sedarkan diri diserang sawan. Ya, pagi 1 Ramadhan. Waktu sahur.

Hari ini masih di ICU. Masih tak sedarkan diri. Masih bergantung kepada ubat-ubatan dan mesin oksigen. Namun, yang positifnya - ubat untuk tekanan darah dah reduce. Tapi keadaan mak masih sama.

Aku kesiankan abah. Ya, abah susah kalau mak takde. Tapi kata doktor, kalau mak baik dan boleh balik ke rumah pun, mak takkan macam dulu lagi. Mak kena stroke. Separuh badan akan lumpuh.
Takpelah, kalau sudah takdirnya begitu, kami redha. Kami masih boleh jaga mak. Aku masih boleh jaga mak. Cuma kami harap mak dapat balik ke rumah. Dapat raya sama-sama.


Kasihanilah ibuku, Tuhan.


Tiada ulasan: