Terlebih dahulu ..
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ
Untuk arwah mak, Jaliah binti Boon yang telah kembali ke Rahmatullah pada 27 Mei lalu bersamaan 22 Ramadhan 1440H jam 11.53pm. Aku dah takde mak. Mak aku dah takde. Aku dah tak dapat keberkatan doa seorang ibu 😭😭.
Terus terang, aku masih bersedih. Ya, mungkin orang nampak aku macam biasa tapi setiap malam aku menangis, rindukan mak. Kami tak sempat nak jaga mak sebaik mungkin semaasa arwah sakit sebab keadaan mak dipantau penuh. Minggu-minggu terakhir hayat mak, kami hanya boleh melihat dari luar bilik isolation. Tidak dibenarkan masuk melihat dekat, apatah memegang mak.
Ada hal yang aku sedikit terkilan semasa arwah mak sedang nazak.
1. Aku lambat sedikit untuk bersama mak semasa arwah menghembuskan nafas terkahir. Kalaulah aku tak buat jadual gilir 2jam dengan Kiki, pasti aku sempat dengan mak. Silap aku juga kerana tidak maklumkan pada Kiki, aku berehat di bilik pelawat, bukan di kaki lima ICU. Jadinya, Kiki tak jumpa aku bila dia datang nak beritahu keadaan mak.
2. Bila aku sampai untuk giliran kali ke dua aku menunggu mak, misi dan doc dah ada dekat mak. Skrin jantung, darah dah tukar tunjuk gambar lain. Kiki dah diam. Bila doc bagitahu mak dah takde, aku cuma mampu ucap Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Aku sentuh dahi mak, tapi Tuhan tidak gerakkan hati aku untuk cium mak 😭😭.
Pada hari lahir mak yang lalu 02032019, hari itulah kali terakhir aku dapat peluk mak. Mak peluk aku, sambil cium aku dan nangis. Arwah cakap terima kasih sambut hari jadi mak. Aku cuma beli sebijik kek dan KFC. Tapi mak sangat terharu macam aku bawa arwah sambut hari jadi dia di hotel 😭😭
Ya Allah.. andai aku dapat putarkan waktu. Aku mahu berikan yang terbaik untuk mak.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya.
Al-Fatihah..
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَن,ِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞
إيَّاك نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ
الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ..
آمِّيْ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan