Kepala aku cukup serabut 3-4 hari ni. Terlalu banyak benda yang aku
terfikir dan kena fikir. Ditambah lagi dengan benda-benda remeh yang
merimaskan. Tambah risau aku dibuatnya.
Ada orang tanya aku, kenapa aku amik masa yang lama untuk "pulih"
dari kekecewaan? Hoh! Salah soalan la, aku ingat. Mana ada aku amik masa nak
pulih? Biasa je, derr.. 3-4 bulan aku dah boleh terima keadaan dan hakikat, dan
aku dah boleh mula bergembira tanpa fikirkan apa-apa perkara yang dah lepas. It
is cool, isn’t it? Bukan semua orang boleh buat macam tu, tahu? Hanya orang-orang
tertentu saja. Macam aku. (Tapi hati yang dingin, beku? Ermm.. tapi belum
sampai ke tahap itu.)
Malangnya, sebagai manusia kau orang memang hanya akan dapat lihat luaran
saja. Aku gembira ke, marah ke, bengang ke, sedih ke, yang mana aku kongsi dan
zahirkan itulah yang kau orang nampak dan tahu. Secara zahir. Tapi secara
batinnya hanya Tuhan yang mencipta dan aku sendiri saja yang tahu. Malahan,
kekadang, aku sendiri tak tahu, tapi aku tahu, Tuhan Maha Tahu kenapa Dia buat
begitu.
Dan sekarang, sampai satu tahap aku rasa aku sudah berada diklimaksnya di
mana, aku sudah tidak teruja lagi untuk mencari, memiliki dan dimiliki. Kalau
kau orang ada belajar Mikroekonomi, kau orang mesti faham cara pergerakan ini.
Pengeluaran berdasarkan permintaan. Sampai satu tahap, pengeluaran akan
berhenti, statik. Tiada lagi peningkatan mahupun penurunan. Itu maknanya, ia
perlu diinovasi kepada sesuatu yang baru. Atau mungkin perlu dilupuskan. Bukan
kerana ia merugikan tetapi tidak lagi menambahkan keuntungan.
That's me. Tiada lagi yang menyeronokkan untuk aku kejar. Semuanya kelihatan
biasa-biasa saja. Malah aku lebih gembira dengan keadaan sekarang. Tidak perlu
fikirkan perasaan orang lain, malah perasaan aku sendiri tidak terguris.
Walaupun seseorang telah menjanjikan aku sesuatu yang serius, tetapi aku masih
tidak boleh bergantung harap kepadanya. Sebab? Sebab kekadang perkara itu
mustahil pada fikiran aku.
Apa yang mustahil, tidak terlalu sukar untuk aku jelaskan, tapi aku muak
untuk mengulangi walaupun sebelum ini aku cuma berbicara dalam hati dengan diri
sendiri. Yang jelas, aku tidak mahu lagi mengharapkan intan berlian di atas
gunung, sebab aku takde peralatan untuk mendaki, mendaki juga tidak pandai.
Mungkin aku akan mati didalam perjalanan untuk mendapatkan intan berlian tu.
Macam bunuh diri pula rasanya.
Yang tidak pernah berjanji, tapi ada ciri-ciri meminati dalam diam pun tak
boleh diharap juga. Pesen gini, lagi jangan diharapkan. Buang masa.
Sekarang aku suka layan lagu UNGU dari album Penguasa Hati. Track no 4 dan
12. Memang kedengaran jiwang Bagi orang
yang sedang berkasih-sayang, sangat sesuai. Tapi aku layan juga, walaupon aku
single. Takde dalam undang-undang derr, orang single tak buleh dengar lagu
orang berkasih-sayang.
Aku tak tujukan lagu tu untuk mereka yang aku maksudkan di atas, tapi aku
tujukan untuk bakal suami aku walau siapa pun dia. Aku rindukan “dia”. Seorang
suami yang aku pernah mimpi beberapa bulan lalu. Dia hadir menyalami aku, aku
menyambut dan mencium tangannya. Ya, itu yang aku rindu.
*Best tak? Best tak?* :p
8 ulasan:
fuiyoooo.... dasattttt
mimpi kawen tak hajak kita ponggg... heheheh
Sama la kita yang...
tiada lg perasaan utk memiliki, dimiliki atau mencari cari...
Mungkin begini adalah lebih baekkk utk ku...
Sebenornya mimpi kawen tu takde la hebat sangat. Setakat tetiba, ada kat majlis pernikahan, dan yang menikah tu diri sendiri. Muka sang "suami" pun jelas tak jelas je. Hahahha
Namun demikian, jika datang jodoh itu, akan ku sambut dengan hati terbuka, Lillahitaala ;)
yezzaaaaa... andai kata dh sampai jodohmu nnti, jgn ler lupa jemput kami yg kuat makan ini yerrr... hehehehe
sebenornya kann...
nak kabo kt mu nihh.. *mu sorang jer yg tahu nih tauu.. jgn kabo kt org lain, maluuu... ;D
ahkak pong ponah gak mmpi kawen.. bukan sekali, tapi dh 3 kali tuuu...
sama la, wajah si jejaka yg tak berapa bertuah tu pon tak nmpak jugak..
tu dia haihh.. takkan la akan kawen 3 lak kann... hahahah
Hahaha... apakah mimpi itu memberi jawapan sebaliknya? kehkehkeh!
kak tembikai silap laa....sy pong da tau ni mcm maneee? hahahahahaha
zuzu, syok mimpi ko ni...arini mimpi lagi tak? huhu
Zaza - mana ade.. benda special ni, bukan tiap2 hari. RARE! Hahaha
Loh....hok xspesel yg slalu muncul ni kalo xbace doa sebelum tido
Hahahha... Baca laa..kalo tak baca nanti mimpi hantu hihiihi
Catat Ulasan