Kau dan aku…
Kita ibarat
sepasang selipar yang bersama
Tapi cuma
untuk seketika
Tiba waktu
sang tuan lalai menjaga
Kau
kehilangan aku
Dan aku
kehilangan kamu
Mungkin
salah satu kita
Hilang di
bawa arus longkang
Atau
digonggong anjing tak bertuan.
Kau dan aku…
Kita ibarat
sepasang tayar basikal fixie
Dengan rim
berwarna indah menyerlah
Menggambarkan
hati kita
Yang sama
menyala dan membara.
Kau dan aku…
Ibarat
sepasang raket badminton
Saling memerlukan
untuk pelengkap permainan
Kerana kau
lekaki dan aku perempuan
Tidak akan
mungkin
Aku mahu
mendampingi perempuan lain
Dan aku tahu
kau STRAIGHT seperti aku.
Tapi…
Kau dan aku
bukan seperti sepasang anting-anting cantik
Janggal dan
jelik jika tiada satu
Malah kita
selalu kelihatan sendirian
Ada aku,
tiada kamu
Ada kamu,
tiada aku.
Kau dan aku…
Bukan
seperti sepasang tangan
Lebih kuat
jika berdua
Lebih
sempurna jika bersama
Malah kau
tetap hebat tanpa aku
Aku tetap akan
seperti ini
Ada atau
tiadanya kamu.
Kita hanya
mampu menyulam angan
Membentuk
impian
Mengukir
harapan
Tapi kita
tidak mampu merealitikan ungkapan
Kerana kau
adalah kau
Dan aku
adalah aku.
~msgoodnite~
6 ulasan:
Nukilan msgoddnight ya?
Impressive1 :)
Yup! Thanks, msGillette Flores ;)
Budak ni mmg kdg2 kreatif llaaaalaalaaaa
Baguskan, budak tu? Hihihi
Ceh, pakai selipar terbalik nampakkkk hehehehe
Mana ada...selipar tu betul tu. Cuba tengok kedudukan dia..
Catat Ulasan