MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label TV Show. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV Show. Papar semua catatan

Selasa, April 19, 2011

Penangan!

Ramai yg bising, membebel, mencarut pun ada gak, gara-gara terlalu banyak sinetron Indonesia disiarkan di stesen-stesen TV tempatan terutamanya swasta. Macam-macam kesah ada tapi yang tak tahannya kesah2 dongeng yang kat TV3 tu...peh! ramai pulak peminatnya. Siri lain biasalah kisah cinta, masyarakat tapi yang tak boleh dielakkan dalam setiap sinetron, mesti nak ada orang jahat, busuk hati yang sangat2 jahat dan tidak akan berhenti menyusahkan orang lain. Sampai naik menyampah, meluat, membenci dan sebagainya. Berbelit-belit pon boleh tahan. Cerita yang sepatutnya boleh habis 30 episod sampai jadi 100 episod. Tapi hakikatnya, gua pun layan juga.

Ditayangkan di TV3. Sinetron yg gua suka tapi gua tak dpt tonton di TV

Sabtu, April 16, 2011

Maharaja Lawak Minggu 3 - NABIL vs AMIR

Malam semalam (Jumaat le tuh), gua lepak a.k.a tidur umah orang tua gua. Ermm.. dah agak lama juga gua tak balik tidur sana. Bukan maksudnya gua dah lama tak balik jenguk orang tua tapi cuma tak bermalam je. So, semalam lepas solat maghrib gua packing apa-apa yang patut, langsung berambus ke rumah orang tua gua yg lebih kurang 15 minit perjalanan dengan kereta. Huh! Takde la jauh pun, iye dak? Selain barang keperluan gua, gua tapaukan kek blueberry yang ada dalam peti ais utk mak dgn si Ain. Diorg ni aje yg gemor dengan kek.

Sebenarnya, gua nak bagitau kalo gua boring juga nak layan MAHARAJA LAWAK sorang2. Ye la.. nak gelak nanti mesti rasa mcm tak lepas. Macam ada yang sangkut dan tak feel sbb kalo gua gelak sorang2 nanti mesti jiran gua ingat gua gile plak. So, gua amik keputusan untuk balik rumah orang tua gua agar dapat gelak ramai-ramai dgn adik beradik gua yang lain. Nak gelak sampai tergolek pun, gua rasa lebih feel ibarat org nengok bola di stadium ramai-ramai. Camtu ler lebih kurang dia punya feel.

Malam semalam juga menyaksikan tema utk peserta-peserta ni perform ialah Musical Comedy. Ermm.. boleh tahan jugak la terutamanya BALAS, SEPAH dan NABIL. Tapi utk entry ni, gua nak share vc persembahan NABIL sbb bagi gua, he performed very well dan keseluruhan gua rasa NABIL adalah terbaik malam itu. Dan gua share kan juga vc peserta paling "ke laut" iaitu AMIR. Layanzzz.





Rabu, April 13, 2011

Gua sokong 200%, kasi bahagi sama rata ya?!

Dah mula nak buat balik habit mengapdet blog. Sehari sampai 2-3 entri gua post. Ah! Pedulik hape, iye dok? Dah time gua tengah rajin ni la gua nak update. Bila datang sifat malas kang, lama terbior blog ni.


Lewat ke idok, gua pun tak pedulik tapi gua tetap nak tulis pasal rancangan baru kat Astro Warna yg dah start 1 April hari tu iaitu Maharaja Lawak. Rancangan yang lebih kurang sama atau sama dengan je dengan Raja Lawak tapi ML ni disertai oleh finalis RajaLawak yang lepas (Musim 1 hingga 5). Gua ingat ramai yg follow rancangan ni. Tapi kat sini gua nak pesan, kepada sesape yg belum langgan Warna dan pakej Mustika tu, silalah berbuat demikian sebelum lu orang nganga tak dapat tengok persembahan peserta ML yang rata-ratanya dah bergelar artis terutamanya JOZAN (gabungan Johan dan Zizan), Nabil, Sepah, JAMBU (Yus dan Tokei) dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama). Alah, si AC pun dah berbuih mulut duk pesan. Lu orang jangan buat2 lupa plak.



Dipendekkan cerita gua cuma nak tulis kalau gua supporter utama Sepah, Nabil, JOZAN, JAMBU dan Balas. Gua pedulik hape kalo lu orang cakap Balas tak best, gua heran apa kalo lu orang ckp lawak JOZAN recycle (tp gua pun menyampah sebenarnya), ada gua kesah kalo lu orang ckp lawak Sepah double meaning dan gua buat dekk je kalo lu orang ckp lawak Nabil sekadar loyar buruk. Tapi JAMBU terbaekkk!! Hahaha..bangang.



Yang penting gua sokong diorang walopun gua tak bodoh2 nak bazirkan duit gua beli topup buat undi diorg. Baik gua call En.b, ada gak pekdahnya.

Selasa, Februari 15, 2011

Rancangan Cakap-Cakap

Saje gua nk citer pasal rancangan bual bicara terbaru yang ditayangkan di Astro Ria. SITI. Ala..buat2 lemah daya pemikiran pulak lu orang ni. Bini Datuk K tu la, Siti mana lagi. Sekarang Datuk Siti pun dah sibuk-sibuk buat rancangan talkshow sendiri. Tak cukup duit jual SimplySiti ke hape gua tak tau la. Sorry pada peminat Datuk Siti eh. Jangan marah gua.

Pada siaran episod pertama talkshow ni, gua berkesempatan la meluangkan masa menonton sebab ada tetamu yang paling gua respect iaitu Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jujur gua cakap, gua tgk SITI sbb nak tgk Tun aje. Bukanlah gua membenci Datuk Siti tu, cuma gua bukan la kipas susah mati beliau. Sekadar layan2 lagu beliau je.

Dan buat kali kedua gua nak jujur kalo gua cakap rancangan talkshow paling bosan yg gua penah tgk ialah SITI. Apesal gua cakap bosan? Pasal Datuk Siti takde bakat pun nak jadi perantara. Apatah lagi nak kendali talkshow macam ni. Setahu gua, seorang perantara atau pengendali rancangan bual bicara kena bijak dan petah serta mempunyai banyak idea-idea atau soalan yang boleh dikemukakan kepada panel atau tetamu. Tapi rancangan SITI ni dah sah2 la gua tgk kekurangan idea Datuk Siti selain ketidakpetahan berbicara membuatkan rancangan itu tersangat la boring tahap gaban. Gua ingat soalan2 yang dikemukan kepada Tun adalah soalan2 ala-ala budak sekolah dan nampak sangat Datuk Siti sedaya upaya menghafal baik punya soalan-soalan itu.

Agaknya, utk mengurangkan kebosanan, itu yang ada live band serta persembahan nyanyian oleh Datuk Siti sendiri. Gua ingat ini yang pertama dan terakhir gua tgk SITI kecuali ada tetamu yang gua respect lagi. Dan gua fikir, cukup semusim aje la talkshow ni, tak berbaloi langsung gua menonton.