MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant
Memaparkan catatan dengan label favorite. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label favorite. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 14, 2012

Cerita Malaysia Tak Jadi Juara AFF Suzuki Cup 2012

Agak lama juga tak up entry pasal bola dan rasanya ini masa yang sesuai tambahan lagi dengan kegagalan Malaysia mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki setelah tewas kepada Thailand di separuh akhir dengan agregat 3-1.
Bermula sumbang pada peringkat kumpulan apabila kalah kepada Singapura 0-3, menang agak besar dengan Laos 4-1 dan menang agak bergaya Indonesia 2-0.
Separuh akhir pertama di SNBJ menyaksikan permainan yang agak seimbang, dan boleh dikatakan menarik. Kedua-dua pasukan Malaysia dan Thailand bermain dengan cemerlang - (serangan dan pertahanan). Seri 1-1 sama bukanlah keputusan yang kita mahukan. Apatah lagi bermain di tempat sendiri, sudah pasti kita menghajatkan kemenangan dan sebolehnya tidak mahu Thailand mendapat jaringan. Namun, dari corak permainan, sebenarnya Thailand lebih mendominasi dan hantaran kemas pemain Thailand sepatutnya dipelajari pemain Malaysia.
Bek kanan, Mahali Jasuli secara tak langsung dah jadi defensive midfielder berjaya mengekang kemaraan Thailand untuk menjaringkan gol dan turut banyak membantu striker untuk membuat percubaan ke arah gol lawan. Itu cerita di SNBJ.
Malam ini, di Stadium Supachalasai, Bangkok segala yang dilihat di SNBJ hilang. Taktikal apakah yang diatur oleh King Gopal dengan menurunkan Mat Yo sebagai penyerang tunggal? Defend 3, dan selebihnya berkumpul di tengah. Masih mengharapkan Mahali boleh mentransformkan dirinya jadi defensive midfielder, maka turun naiklah beliau membantu pertahanan dan bahagian serangan yang tunggal terkontang kanteng. Di mana Safiq? Amar Rohidan? Aku hanya dapat lihat Baddrol, Alex dan Kuna ke sana sini mendapatkan bola. Dapat di kaki Mat Yo, baru nak gelecek hilang dibawa lari sang gajah. Sungguh damn!
Aidil kerap meninggalkan posisi terlalu jauh hingga bagi terlalu banyak ruang untuk striker Thailand membuat percubaan dari jarak dekat. Pada pemerhatian aku, sebenarnya kucar kacir pertahanan sudah bermula sebelum Fadhli Shas dibuang padang lagi. Kemalasan Amar Rohidan membuat overlapping serta kelekaan Aidil. Aku tak faham kenapa kedua pemain yang kerap buat mistake ini masih diberi peluang untuk duduk di 1st eleven?
Kenapa seorang penyerang? Apakah skill Mat Yo tu dah cukup bagus untuk menembusi gawang Thailand. Kemon la Datuk, realistik la sket. Mat Yo bukan Messi - dgn jarak 60 meter, beats 6 players dan score gol.
Kekalahan malam ini sepatutnya menyedarkan kita bahawa bola sepak kita masih sama. Tidak ada kelainan, tidak ada peningkatan. Korang tengok tak corak hantaran kemas pemain Thailand, kawalan bola, counter attack diorang macam mana? Mungkin kemenangan yang belum ini adalah kerana nasib, bukan kerana Malaysia pandai main bola. Referee memang cibai tapi permainan kita juga kurang sikit daripada itu. Perbukaan game pun dah nampak pincang. Korang perasan ke tidak? Grrr....
Kembali ke dunia realiti bola sepak kita, pengurusan perlu berubah. Luaskan pemilihan pemain. Ramai pemain star Malaysia sebenarnya tapi tidak diberi peluang untuk menyarung jersi kebangsaan. Sedih!
Akhirnya Malaysia masih tidak dapat meleburkan rekod tanpa kalah Thailand bertemu Malaysia. Tamatlah cabaran Harimau Malaya untuk AFF Suzuki Cup edisi 2012.
Sekian, terima kasih.





Sent from my BlackBerry® wireless device







Ahad, November 25, 2012

Selamat berjuang Harimau Malaya

AFF Suzuki Cup kembali untuk edisi 2012. Barisan baru Harimau Malaya, ada beberapa nama lama yang tidak tersenarai sejak perlawanan persahabatan antarabangsa lagi untuk kempen AFF ini. Tiada Ashaari Shamsudin, tiada Muslim Ahmad. Tetapi sepatutnya ada Badri Radzi, sepatutnya ada Amri Yahyah.

Tapi aku puas hati, tiada Zaquan Adha dan puas hati ada Azamuddin Akil.

Semoga berjaya mempertahankan kejuaraan 2010.
Selamanya HARIMAU MALAYA!





Sent from my BlackBerry® wireless device

Selasa, November 20, 2012

Review Suami Dan Isteri

Lama tak rebiu buku, kan? Asik poem, quote, poetry je takleh jadi. Ni aku nk rebiu dua buah buku yang dah lebih sebulan abis dibaca. Buku asalnya adalah terbitan Indonesia, ditulis oleh penulis terkenal Indonesia juga sekitar tahun 1980-an dulu iaitu S. MARA GD. Dua buah novel ni takde berkaitan antara satu sama lain melainkan watak utamanya adalah orang yang sama. Maksudnya disini, si penulis ni gemar menulis cerita bersiri. Alaa..macam siri CSI Miami la. Hero sama, kes lain-lain.

Suami (judul asal : Misteri rahasia seorang suami) - Cerita berkisahkan seorang gadis yang mahu dijodohkan dengan anak orang kaya, duda tampan yang kematian isteri. Awal perkahwinan tiada masalah besar melanda sehinggalah si isteri curiga suaminya mempunyai rahsia besar tentang kematian arwah isterinya dahulu apabila seorang pekerja suaminya pula menjadi korban.

Hero utama, pegawai polis Kosasih dan sahabatnya Gozali menyiasat kes kematian arwah isteri pertama si suami yang telah ditutup untuk membongkar siapa pembunuh sebenar.
Cewaahh! Kemain serius aku rebiu.


Isteri (judul asal: Misteri dendam seorang istri) - Kapten Kosasih dan Gozali kembali menyiasat kematian seorang beks model, isteri kepada hairstylist terkenal yang mati secara tiba-tiba. Suami si mati pada awalnya menjadi suspek utama mempunyai abili tidak bersalah kerana tida di rumah ketika kejadian. Jadi, suspek bertukar kepada pembantu di salon si suami kerana dia orang terakhir yang bertemu si mati ditemui meninggal di biliknya dengan luka kesan kelaran dipergelangan tangan.

*Gaya bahasa kedua-dua buku ini adalah bahasa Indonesia yang diterjemah ke bahasa Malaysia tanpa mengubah apa-apa maksud. Namun demikian, masih ada perkataan asli bahasa Indonesia. Peminat sinetron pasti mudah mencerna tulisan buku ini. Hahahaha....




Sent from my BlackBerry® wireless device

Isnin, November 12, 2012

Iklan



Suka membaca? Teringin nak jumpa penulis kegemaran anda? Jangan lepaskan peluang ini. 
*buku dan penulis indie sahaja*

Isnin, Oktober 15, 2012

Review INVASI

Honestly, aku tak berapa gemar dengan cerita bercorak sains fiksyen. Cerita fiksyen suka, tapi tidak kepada sains fiksyen. Sama ada filem atau buku, jalan cerita yang diolah selalunya mengarut dah tak tercapai di akal manusia. Sampai ke tahap boleh terpesong akidah kalo tak cukup ilmu asas agama. *tetiba bersikap konservatif*

Oleh sebab itu, Invasi menjadi koleksi buku FIXI yang agak lewat untuk dimiliki. Kalo tak kerana niat nak mengumpul semua novel FIXI (tak termasuk antalogi cerpen dan retro) mungkin peluang memiliki Invasi cuma 5% saja. 


Seperti cerita-cerita sains fiksyen yang lain, Invasi digarapkan dengan sebuah cerita rekaan yang berkisar tentang pencerobohan makhluk asing ke bumi atau lebih tepat - MALAYSIA. Pernah terbayang dalam fikiran ke tak, kalo kita akan diserang oleh makhluk asing? Selalunya tengok filem orang putih saje yang suka buat cerita tak masuk akal macam ni tapi bila kisah sebegini diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat tempatan, sumpah ianya seperti realiti.

Bagi aku, walaupun kebarangkalian kejadian seperti ini akan berlaku pada kita sangat kecil tetapi tidak mustahil akan berlaku pada masa depan. Kecanggihan teknologi yang melampau-lampau sekarang ni tak memustahilkan perkara mustahil ini boleh berlaku. Yelah, satelit sana-sini, tujuan asal untukmemudahkan komunikasi tapi tanpa kita sedar, kita mendedahkan diri kepada makhluk lain di luar sana. *sebetulnya wujud ke tidak alien ni?* Sebut tentang tiada yang mustahil, contoh dah ada. Jika dulu kita selalu dengar orang cakap "perangai boleh diubah tapi muka tak boleh diubah". Tapi sekarang berlambak-lambak orang mengubah muka. Tapi perangai tu pulak yang tak berubah-ubah.

Secara peribadi aku mengatakan Invasi sedikit sebanyak dipengaruhi oleh elemen-elemen yang pernah digarap oleh dua orang penulis yang aku baca sebelum ini - Adib Zaini untuk Zombijaya dan Brader Leplep untuk Hero Yang Paling Hero. Zombijaya, walaupun takde alien "workshop" tapi unsur survival, kekeluargaan, persahabatan jelas menjadi tunjang kepada cerita tersebut. begitu juga dengan Invasi. Manakala HYPH pula jelaslah berkisar tentang ancaman makhluk asing ke atas manusia. Tidak pula aku nak kata penulis Raja Faisal memplagiat atau mencedok idea kedua penulis tersebut kerana masing-masing ada kekuatan dan kelainan sendiri.

Selalunya cerita sains fiksyen tidak akan dapat lari dari mempersoalkan tentang kecanggihan teknologi, kehadiran makhluk asing dan lain-lain yang berkaitan. Jadi, tak hairan kalau ceritanya lebih kurang nampak sama.

Bagaimanapun aku respect dengan idea yang ditonjolkan oleh Raja Faisal. Beliau mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk menterjemahkan setiap jalan cerita agar kelihatan realistik dan mempengaruhi perasaan pembaca. *nampak sangat aku terpengaruh* Ingat senang ke nak merekacipta satu cerita yang memang rekaan semata-mata tapi nak bagi nampak macam non-fiksyen? Cewaahhh! Kalau buat cerita perang pun belom tentu boleh bagi point detail. 

Apapun, aku terhibur dengan Invasi, tidak menyesal memiliki kerana masih boleh mempengaruhi emosi.


Selasa, Oktober 09, 2012

Review MURTAD

Dua hari lepas aku baru selesai menamatkan pengembaraan bersama dua orang kembar yang kacak lagi tampan yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Orang utara bak ang! Dia punya cakap, mak ai! pelaq, nakromm segala macam ada. Datang KL nak gi interview kerja tapi lain yang diinterview, lain kerja yang dapat bak ang!

MURTAD yang aku beli bersama HILANG, ialah novel pertama tulisan Brader Gorn/Mat Gorn atau dalam surat beranak dia nama Hasrul Rizwan. Sebelum ni beliau banyak tulis cerpen tapi aku belum pernah baca la. Murtad ni kisah kembar Adam dan Akhil Talha yang merantau di KL dan akhirnya terjebak menjadi pembunuh upahan. Ya, pembunuh upahan yang membunuh manusia-manusia murtad. Orang-orang islam yang keluar dari Islam dan menghasut pula orang Islam lain untuk keluar dari Islam adalah golongan murtad pertama yang diperangi oleh Adam dan Akhil.



Tau aje lah, kalo kejra sebagai pembunuh upahan ni gaji kemaen besaq. Dapat tugasan dari orang yang tidak diketahui identitinya padahal sebenarnya bos diaorang tu ialah ayah diorang sendiri. Bapak kaya Talha, buleh upah orang membunuh. Sedia rumah, kereta segala macam. Fuh! Hebak!

Tapi part yang terexcitedkan aku ialah apabila watak Nipis dan Koperal Azman dari buku ZOMBIJAYA digabungkan untuk satu sence pendek. Siapa sangka? Special appereance dari Nipis dan Azman dalam Murtad. Olahan yang baik dari Brader G. Plot cerita bunuh membunuh ni biasalah, kalo takde konspirasi tak sah la kan? Konspirasi antara siapa dengan siapa, kau orang kena baca sendiri. Apapun, tahniah untuk Brader G sebab menggarap Murtad dengan baik walaupon aku tak berapa nak faham sikit ending dia pasal Joe yang memula dah ajal sebab kena tembak. Andaian yang aku boleh buat, Joe tak mati tapi koma dan dia dapat cahaya keinsafan untuk kembali kepada agama Islam.


Sabtu, September 22, 2012

Review HILANG

Agak lama aku tak buat review buku-buku yang aku baca. Sebenarnya dah empat lima buah buku yang dah khatam tapi tak masuk dalam senarai untuk direviewkan. Bukan tak layan, tapi tahap kemalasan aku kadang-kadang melampau dari unta padang pasir.

Aku juga terpaksa amik masa yang lama untuk memiliki buku Hilang ini sejak ia dilancarkan. Lagi bengang bila Popular Bookstore tidak lagi mahu memasarkan Hilang dan Murtad kerana dikatakan perkataan dan ayat-ayat yang digunakan terlalu bebas. Hmm...alah! Mengada betei. Buku FIXI lain sebelum ni banyak je guna perkataan-perkataan gitu, takde masalah pulak?! *eyes rolling*

Lupakan bagaimana aku dapat buku ini, yang pasti aku dapat dengan cara halal. Mari kita teruskan dengan review.

Kisah Shariman yang cari kembar dia Ikhsan yang tetiba MIA. Tau-tau je, Shariman jumpa nota amaran dan kesan darah pada cadar putih dalam bilik adik dia tu. Nak tau apa jadi kat Ikhsan, kena baca sendiri.

Cerita ni cerita plot jenayah. Samseng, taiko dadah, pusher dan yang sewaktu dengannya. Gemg samseng yang lebih kurang macam citer KL Gangster yang korang tengok tu la. Ada grup-grup, taiko dan kuli.

Ada juga kisah budak kampung yang konon-konon innocent tapi pernah bunuh orang. Macam mana dan sebab apa, dekat nak abis cerita baru tahu.

Bagi aku, HILANG memang not bad. Seperti juga JERAT. Kak Dayang Noor, I love this HILANG as much as I love JERAT. Terima kasih kerana hasilkan karya seperti ini.




Sent from my BlackBerry® wireless device

Khamis, Januari 26, 2012

He Love Me Back! TQVM @baimwing

Untuk tahun 2012 ni, gua lupa pulak dah bape kali gua up entry kat KKMD. Gua update guna fon jd x dpt nk tgk sangat entry yg ke berapa dlm tahun ini.

Fuuu..sedar tak sedar dah nak abis bulan Jan, nak masuk bulan Feb. Maknanya tinggal kurang lebih 6 bulan lagi gua akan terbang ke Jakarta dan seterusnya Bandung. Teruja sangaaaatttttt!

Gua harap, selama di Jakarta 3 hari, gua berpeluang jumpa aktor kesayangan gua - Baim Wong. Tak dapat jumpa 3 hari berturut-turut, dapat jumpa sehari pun jadilah. Dapat sembang-sembang, tangkap gambor, eeeee.... *gua x mau bayangkan sekarang.

Kat twitter, gua dah happy gile babas, walupon baim x selalu reply tweet gua tapi bila dpt reply mmg yg best. Contoh seperti gambor kat atas. Itu antara tweet gua yg beliau reply. Semua gua favorite. Bak kata along Liza Aimluvs, tak semua peminat bertuah dapat reply dari Baim. Jadi gua ni bertuah sgt. Lagi bertuah kalo Baim sudi luangkan masa jumpa gua di Petromak @ Bakmillious bulan 7 nanti. TAK SABAR!

Sabtu, Januari 07, 2012

Review Zombijaya

Sebuah buku fixi yg ditulis oleh saudara Adib Zaini. Cerita rekaan tentang serangan zombi di Malaysia yang disebabkan oleh sejenis virus yang sebarkan dari gigitan anjing liar. Dari mana anjing tu dpt virus tidak dpt pulak gua pastikan.

Mengisahkan survival beberapa orang yang terselamat pada peringkat awal serangan zombi mencari jalan untuk menyelamatkan diri dan seterusnya meneruskan hidup tanpa menjadi mangsa makanan zombi atau menjadi zombi itu sendiri.

Nipis - pemuda sengal, kepala masuk air. Boleh dikatakan hero dalam cerita ini. Dengan keberanian dan kesengalan yang ada pada dirinya, beliau merancang untuk membawa orang-orang terselamat bersamanya mencari perlindungan di Putrajaya yang pada "penyelidikan"nya sebelum ini, bahawa kerajaan telah membina "kota bawah tanah" di Putrajaya sebagai tempat berlindung dari perang nuklear.

Namun apabila Nipis dan beberapa orang sampai di sana, mereka hanya disambut oleh ratusan zombi yang laparkan otak serta organ dalaman mereka.

Turut diselitkan kisah pengorbanan, persahabatan dan keganasan manusia yang mementingkan diri sendiri untuk meneruskan hidup.

Gua suka cerita ni - 5/5 utk Zombijaya

Ahad, Disember 11, 2011

ELCLASSICO 1-3

Pertembungan tradisi Real Madrid dan Barcelona di Madrid pagi tadi dgn mencatatkan keputusan 1-3 berpihak kpd Barcelona. Jaringan pembukaan dr Karim Benzema pada minit pertama (21saat slps kick off) utk meletakkan Real di depan tidak cukup untuk menghalang Barca beraksi garang di tempat lwn dengan meledakkan 3 gol hasil jaringan Alexis, Xavi dan Fabregas.

Banyak juga juga percubaan depan pintu gol yg cuba dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Namun Barca banyak mengasak dgn hantaran lintang ke dpn pintu gol dr Dani Alves yg rata2nya mengundang bahaya kpd Real.

*Apesal entry bola aku skema sgt hari ni?




Sent from my BlackBerry® wireless device

Isnin, November 28, 2011

Mimpi Paling Real Selepas Ronaldo, Baim Wong ialah Izzaq Faris

Nampak gayanya blog gua ni bakal ada siri mimpi paling real. Hahaha... Gua ckp mcm ni sbb termasuk entri yg gua nk tulis ni, kali ke 3 gua dapat mimpi paling real. Which is mimpi rare dan sangat real sampai terbawak2 ke alam realiti.

Tp kali ni gua dh malas nak explain, nak detail, nak story panjang lebar inti pati, isi penting mimpi gua tu. Buang masa la gua ingat sbb kalo gua cerita, lu org baca tp lu org xkan dpt feel real tu. Sbbnya cuma gua aje yg rase. Iye dak?

Okeh! Gua mimpi Izzaq Faris. Lu org tau x sape dia ni? Kalo yg x thu, meh gua kabor. Dia ni main utk skuad olimpik dan harimau muda. Mimpi yg bukan sebarang mimpi. Mimpi yg rare dan sgt true, sgt real. Okeh! Gua 'jatuh cinta' kat Izzaq. Peh!

Apa? Tak kenal yang mana satu Izzaq Faris. Sila klik

Ahad, Oktober 16, 2011

Semangat ULTRAS

Terengganu dan T-Team dah kompem ke separuh akhir Piala Malaysia. Gua dengan tidak membuang waktu akan memastikan gua dan kawan2 akan dapat tix separuh akhir di Kuala Terengganu. Semangat ULTRAS Terengganu dah mencanak sangat ni utk kali ke dua tgk team Terengganu beraksi di stadium. Kali ni menentang Selangor. Gooo... Terengganu!

Isnin, Julai 25, 2011

Mimpi paling real selepas Cristiano Ronaldo ialah Baim Wong!

Memang leceh bila update blog tru fon ni. Sebagai seorang blogger yg rajin sebelum ni, tiba2 gua jadi malas dh nak update blog. Ai! Nasib la slagi x sambar notebook atau yg tbaru dlm fikiran gua tablet Android. Hoh! Taste bukan main. Mcm kelas2 artis jer..

Bila dh lama x post samtin kat sini, byk pulak citer merapu merepek yg gua nak share. Tp yg pasti merapu merepek gua itu selalunya adalah yg paling sweet bersemut pernah gua alami walau sekadar dlm mimpi. Lu org jgn gelak, gua bagi Muay Thai sedas kang, makan nasi ikut tiub plak nnt. Hoh!

Dulu --> Cristiano Ronaldo (gua lupa link, lu org cari sendiri) dtg jumpa gua dlm mimpi. Nak tau real x real mimpi gua tu, lu org yg belom penah baca kena baca la... Peh! Akan gua kenang seumur hidup, walau cuma mimpi. Real x realnya mimpi gua tu, sampai gua dah jaga pun boleh senyum2 malu sorg diri sampai ke tengahari.

Al-kisah, smlm gua mimpi lagi, tp kali ni Baim Wong plak dtg. Tp cara dia approach gua lain sket la dr abam Ronaldo. Abam Ronaldo mmg manjakan gua sgt, abam Baim ni treat gua mcm biasa je as an artist dgn fan dia tp in person yg special la. Dia ikut je apa gua suruh, layan je apa gua citer..hehehe sbb dia kata gua pemalu. Peh! Lu org jgn la emosi, kata mimpi, kan?! Tp mimpi ni punya real, gua rasa mcm dh betul2 gua berdepan dgn abam Baim. Berdebar dia bukan main, badan pun ada sket menggigil. Sampai gua bangun pagi td, berdebar dgn gigil tak hilang lagi. Okeh! Gua tipu, gigil x hilang bkn pasal mimpi jumpa Baim tp pasal mandi air sejuk, smlm hujan.
Mungkin sbb gua dh teringin sgt nak jumpa Baim kot. Rindu sgt! Dah ramai teman2 di BWFPO @ AimLuvs yg ke Jakarta jumpa dia, amik gambar, celebrate besday. Gua je yg belom ada rezeki, asik nengok gambar diorg je la sambil2 berangan nk jumpa Baim.

Kiranya ini mimpi kedua yg paling real la dlm hidup gua. Lu org igt senang ke nak mimpi jumpa org yg lu org suka? Dlm mimpi tu sumer sweet bersemut, real punya feeling sampai bangun tido lu org akan rase lagi feel indah tu.. Kalo lu org slalu mimpi mcm tu, itu tak real, mainan tido belaka. Tp kalo rare mcm gua ni, baru lu org akan rase real. Itu tandanya org yg lu mimpi tu betul2 dtg dlm mimpi lu org. Kahkahkah! Okeh! Itu gua saje ckp.

Rabu, Jun 15, 2011

Okeh! Blog Sudah Di Apdet!

Huahaha... Dh elok2 taip, terdelete plak. Cari kat draft takde, langsung kena taip semula. Sikit punye lama gak gua tak update blog ni. Mahap le, sejak lappy dh jahanam, mmg agak sukar utk gua post entry baru. Apalah sgt post entry guna henfon. Memang la nampak maju dan stylo tp kebarangkalian utk typing error tu sgt tinggi. Lagipun gua rasa mcm x lawas je nk post entry guna fon ni. Ini pun paksa dlm rela bila kenangkan blog yg dh berdebu.


Minggu lepas final FA Cup Terengganu v Kelantan, gua berkesempatan menonton di stadium. Selalunya nonton di tv dan jarang2 di padang bola. Tengok bola di stadium ni dia punya spirit lain mcm sket. X sama dgn tgk kt tv dan ada lebih kurang sket dgn tgk kat padang tp lain. Kat padang xde kerusi, kat stadium ada. So kalo penant berdirian lu org boleh duduk sambil perati pakwe2 yg ramai tu (bg pompuan) dan makwe2 yg dua tiga kerat (bg lelaki). Sumpah! Berbaloi2 juga gua ke stadium bila Terengganu menang 2-1 ke atas Kelantan. Alhamdulillah! Skuad Peteh mmg nelang!!!


Ok, sabtu ni gua pun rase mcm x sabar2 nk turun CM sempena launching buku Sperma Cinta hasil tulisan Linglung. Laris mcm goreng pisang buku brader tu. Tambah2 skrg dh jd saudagar payung plak gua dengar. Ermm...rezeki nk jd raja barangkali.


Dan pada Isninnya, gua akan bergraduasi di PWTC. Selamat menjadi seorang graduan kata gua pd diri sendiri. Terima kasih!

Khamis, Mei 19, 2011

Intisari Jumaat - Awal Sehari

Yuhuu... Huahahha..Ops! terlebih suda. Assalamualaikum, salam sejahtera. Gua lil bit excited sebenornya pasal on 20th May yakni esok, gua nak nonton wayang filem Pirate of the Carribean yg ke 4; On Stranger Tides. Seperti biasa yang jadi mangsa ialah adik gua, sebagai peneman. Kawan gua? Toksah tanya la kalau kawan2 kat sini, diorang bukan kaki wayang. Kaki karoke je buleh harap.

Kiranya skrg ni kat US tgh summer la ye...

Gua tak buleh nak buat ulasan pasal filem ni, pasal belum tgk. Tunggu sok gua apdet perkembangannya. Ada lagi satu filem baru, Nur Kasih. Err.. sorry, pasal yg bersiri pun gua tak nengok, inikan pulak yg filem. Nanti gua macam org blur plak tak tahu hujung pangkal pasal dengar diorang cakap filem ni ibarat sambungan kepada yang siri. Pedulik apa gua?

Semoga esok gua sehat sampai ke malam. Amin.

Khamis, Mei 05, 2011

Barca v Man Utd - Keliru

Keputusan semi's kedua Liga Juara-Juara sudah diketahui. Diumumkan Man Utd berjaya menewaskan FC Schalke 4-1 menjadikan aggregat 6-1. Team Man Utd bermain agak cerdik pagi tadi. Dengan hantaran-hantaran lintang yang tepat mudah untuk membuahkan jaringan. Kenapa abam Messi dan kawan-kawan tak main macam tu semalam? Ah! Gua lupa kalo abam Messi pesen suka tunjuk skill sorang2.

Apapun, Barca jumpa Man Utd final nanti mmg buat gua hilang arah. Tgk dalam geluk jampi dah nampak samar2 Man Utd bakal menang. Err... no..no..no.. dont break my heart.


*Camne gua boleh nak berpaling tadah ni?

Rabu, Mei 04, 2011

Champions League - Barca dah ke final, jumpa Man U ke?

Okeh. Pagi 4.5.2011 tahan mata nengok abam Messi dan kawan-kawan seri 1-1 lawan dengan abam Ronaldo dan kawan-kawan. Seri-seri pun Barca layak ke final Liga Juara-juara atas aggregat 3-1. Tolong terima kenyataan ye! Real Madrid kecundang di semi's. Kadang-kadang gua tak faham dengan sesetengah orang ni. Masa team diorang menang, mak ai! Mengutuk orang kalah bukan main (Barca kalah pada Real masa Spanish Cup). Tapi bila diorg kalah pagi tadi, gua ingat macam harem la penyokong2 obses Real ni. Tak boleh terima kenyataan pulak. Rileks la.. dah tak berjaya tu, bawak2 diam je la ye. Tgk aje Barca jumpa Man U final nanti. Tapi malangnya 28 Mei 2011, gua berada di Pulau Perhentian. Tak tahu la gua boleh nengok ke idok!

Awal pagi ni satu lagi semi final antara Man U dengan Schalke FC, sebuah kelab dari Jerman. Sumpah! ni 1st time gua tau nama kelab ni. Gua igt Inter Milan boleh makan kelab Schalke ni tapi gua silap. Aisey! Melepas gua nak tgk abam Sneidjer beraksi di final. Ramai yg buat prediction Man U akan menang tapi bila tgk rekod perlawanan lepas (laluan ke semi's) Schalke ni menang besar juga ke atas Inter Milan dalam 2 quater final. Kira hebat juga la team ni. So, gua secara tak langsung mengatakan kalau gua tak berani nak buat prediction utk game pagi nanti. Walaupun gua nak Man U menang, tapi tak sedak juga bila dua team favorite gua kena jumpa kat final. Okeh, gua berenti sekarang.

Isnin, April 25, 2011

Baim Wong, Selamat Ulangtahun dari Pencinta Kamu!


Lagi 2 hari... tapi biar gua ucapkan sekarang. "Selamat Ulangtahun buat Baim Wong, semoga kamu sentiasa beroleh rahmat Allah". Amin.

Sebenarnya, gua nak lahirkan rasa yang sedikit kecewa. Ya, kerana perancangan awal gua tidak dapat dilunaskan. Ia bukan kerana pihak pengurusan yang tidak buat kerja, sebaliknya gua yang terlalu banyak agenda. Tahun 2011 ni memang tahun "berjalan" gua. Bukan main lagi, macam orang kaya.

Sejak Januari, gua dah planned nak ikut trip AIMLUVS ke Jakarta untuk raikan besday Baim Wong pada 27 April ni. Tapi itu la, mcm yg gua cakap, bila dah banyak sangat agenda, akhirnya trip ke Jakarta utk 2011 terpaksa gua gugurkan dari senarai. Abis tu, apa gua nak kata bila awal2 dulu admin ckp belum tahu lagi nak pergi Jakarta. Gua pun apa lagi? Terus gua di fully booked by fren-fren utk pergi bercuti di Pulau Perhentian. Bercuti di pulau ni pun bikin gua excited gak, sbb ni kali pertama gua nak holiday kat pulau yang jauh dari hiruk pikuk. nanti siap buleh snorkeling lagi. nasib gua takde lesen scuba je, kalo tak..peh! menyelam pulak la gua.


Apepun, gua dah beri bahagian gua buat beli hadiah utk besday Baim dan juga cenderahati utk pembukaan restoran baru Baim iaitu Petromak selepas Bakmilicious. Hadiah tu nanti bakal diserahkan oleh Aimluvs yang pegi trip ke tangan Baim sendiri. Yup, FYI Aimluvs adalah Official Fan Club Baim Wong di malaysia dan Indonesia.

Itu sebagai tanda ingatan gua pada Baim. Gua harap Baim terus success, bahagia dan segera mendapat jodoh, lepas Marshanda kawen..hehehe. Kalo beliau suka kat gua, gua pun memang suka kat beliau tapi beliau masih tak boleh lawan seseorang yang ada dalam hati gua..hahaha. Mungkin tahun ni gua masih tak berkesempatan seperti Kak Liza, Intan, Zura, Acie, Kak Mimi dan lain2 yang dapat jumpa Baim sebelum ni. Tapi InsyaAllah... 1 day, I will. Macam juga gua nak gi Australia tahun depan. Harap dimakbulkan. Amin.

Khamis, April 21, 2011

Hambik la dah nak sangat juara Spanish Cup tu....


Baiklah. Copa del Rey jatuh ke tangan Real Madrid. Harap awak, awak dan awak seme yg menyokong berpuas hati dengan kemenangan tersebut. Dah. Cukup. Jangan banyak bunyi. Saya takde masa nak dengar dan layan cacian serta makian dari mulut busuk awak, awak dan awak seme. Saya puasa hari ni, tolong hormati perasaan saya yang sedang kecewa. Tapi saya nak awak seme tahu, walaupun Barca cuma jadi naib juara hari ni, tidak bererti kalah selamanya. Terima kasih. I love u, Messi. Tapi saya love abang C.Ronaldo juga. Arghh! Lalang sungguh perasaan saya ni.


Kenapa gambar abam Ronaldo ada kat sini ni pulak?


*Entri ini ada rasa mcm baik sket, kan? sebab tu guna word "saya".
# Spanish Cup


Selasa, April 19, 2011

Penangan!

Ramai yg bising, membebel, mencarut pun ada gak, gara-gara terlalu banyak sinetron Indonesia disiarkan di stesen-stesen TV tempatan terutamanya swasta. Macam-macam kesah ada tapi yang tak tahannya kesah2 dongeng yang kat TV3 tu...peh! ramai pulak peminatnya. Siri lain biasalah kisah cinta, masyarakat tapi yang tak boleh dielakkan dalam setiap sinetron, mesti nak ada orang jahat, busuk hati yang sangat2 jahat dan tidak akan berhenti menyusahkan orang lain. Sampai naik menyampah, meluat, membenci dan sebagainya. Berbelit-belit pon boleh tahan. Cerita yang sepatutnya boleh habis 30 episod sampai jadi 100 episod. Tapi hakikatnya, gua pun layan juga.

Ditayangkan di TV3. Sinetron yg gua suka tapi gua tak dpt tonton di TV