MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Sabtu, Ogos 22, 2009

Coretan di pagi 1 Ramadhan 1430H - Senyum Sokmolah!

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga kehadiran bulan yang mulia ini akan memberikan kita seribu keRahmatan daripada Allah SWT. Nasib baik la di hari pertama puasa ni, kita sume cuti. Lepas sahur tadi sempat juga la aku cuci kereta Wira yang dh mcm tak lulus je kalo tgk. Erm.. itu lah kata org, kalo dh ada yg baru, yg lama biar jer...huhuhu.
Hari ni mcm byk gak agenda yg perlu dilunaskan walopun mungkin ada yg boleh ditangguh. Firstly, lebih kurang kul 9 am nanti nak kuar pi bengkel. Nak tukar mentol lampu keta wira yg dah malap tuh. Then, nak bw mak pi Mydin beli kuali. Kuali yang dia selalu guna wat tempeyek dah tak elok. Melekat je, katanya. Petang sket nak ajak Din (adik aku) pi pasang lampu kat umah baru. Lepas tu, leh berehat. What? Berehat? Gile apa?!...bila nak study la... exam hari Isnin lagi nak berlagak relax.
Erm.. oaky! ni nak reverse sket kepada beberapa hari yg lalu. (pls refer kpd game kedua EPL - MU, Liverpool & Chelsea). Actually utk ketiga2 game ni, aku tak tgk. Ada 2 sebab, 1. aku tak tau tarikhnya 2. waktu perlawanan lewat. Okay, apa yg aku nak kata kat sini ialah bila kekecewaan aku terus memuncak (sesuai ke ayat ni?) bila MU kalah dengan team yang dikira corot dlm EPL, Burnley. (corot @ pasukan baru, aku tak pasti sebab tak pernah perasan dgn team ni!) bermain di Turf Moor dan bolos dgn 1 gol 0 (tipis je) tapi rasa cam malu gak la sebagai Juala EPL musim lalu. Walopun Sir Ferguson kata tak perlu panik, tapi aku merasakan ini adalah petanda awal kegagalan MU utk mengekalkan kejuaraan dalam EPL musim ini. Aku pon tak boleh nak komen lebih2 sbb tak tgk langsung game tu dan tak tahu camne diorang (both team) main, tapi honestly aku kecewa, bengang, sakit hati, marah kerana pasukan kegemaran aku tak dapat nak meraih kemenangan dan perbaiki kedudukan di carta. Sehinggakan kekalahan MU kepada Burnley ini disifatkan salah satu sebagai kejutan paling hebat dlm sejarah Premier League. Gilo! Please la wey! jgn jadikan gelanggang lawan tempat korang kena menyerah!...huhuhu
Liverpool pula menang bergaya ke atas Stroke City di Anfield, 4-0. Kira okay sangat lah sbb berjaya baiki kedudukan dan menebus kekalahan pada game pertama last week. Begitu jugalah dengan Chelsea, apabila menang 3-1 ke atas Sunderland walopun terpaksa turun 1 tangga dan menyerahkan tangga teratas liga kepada Tottenham Hotspur. Maunye tak.. bila team ni berjaya plak kalahkan Hull City 5-1. Perghh.. dasat.. tapi masih terlalu awalkan?! harap2 team2 pilihan aku akan lebih panas lepas nih.
Untuk game Sabtu dan Ahad ni, Man Utd akan lwn Wigan di DW Stadium, jam 11 pm dan Chelsea lwn Fulham, jam 12 am di Craven Cottage ( tmpt Fulham la nih) Awal pagi Isnin lak Liverpool lwn Aston Villa di Anfield. Dah tentu2nya aku tak tgk tp tak tau la sbb skrg bulan puasa. Boleh bangun awal kot sbb nak sahur skali hehehe... Papehal pon tunggu dan lihat la camne.
Amboi.. citer bola jer hehehe.. takde citer lain la wat sementara waktu nih. Update dgn citer bola ni aje la. Tapi nak wat ulasan lebih2 aku pon bukan tau sangat. Sekadar kongsi apa yg aku minat dan pendapat aje. Ok, stop dulu wat sementara waktu..Selamat berpuasa!


*Aku - Teruja dengan "kehebatan" Tottenham setakat ini.

4 ulasan:

Zampeada berkata...

selamat berpuasa yek!

Tanpa Nama berkata...

happy fasting..

akuPM berkata...

aku baru bace blog ko neh.. ;)rasenyer masih lom telambat wsh ko hepi fasting & moga kiter mendapat keberkatan di bulan mulia ini...amin...(ala2 ustazah lak rase :P)

wah...umh baru tu..kire rayer umh baru la neh? :P

-MsGoodNite- berkata...

zampeada : selamat berpuasa gak utk awak!

6ky Angle : happy fasting to u too

haiza : slamat pose.. tak sempat. lepas raya nanti baru masuk secara rasmi