MsGoodNite ialah

Foto saya
Terengganu/Selangor, Malaysia
Selfish and Arrogant

Isnin, Ogos 24, 2009

Siapa mereka utk pertikaikan org melayu?

Pertama kali aku nak tulis yg lebih serus. Mungkin sebab semangat patriotik kepada jiwa bangsa melayu meluap2 selepas baca wawacara MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam Mingguan Malaysia, smlm. Sebelum ini, ada juga beberapa artikel dan buku2 yang bertemakan perjuangan seperti ini aku baca tp baru hari ini aku terpanggil utk menulis.
Memang diakui sejak akhir2 ini ada kecenderungan beberapa pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yg diberikan kpd org melayu dlm perlembagaan. Pertikaian yg terus dibangkitkan walopun Pelembagaan Malaysia menyebut hak2 tersebut. Wawancara wartawan Ku Seman dgn Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sedikit sebanyak tambah lagi pengetahuan dan buka minda aku tentang betapa aku harus berbangsa menjadi bangsa melayu dibumi bertuah ini.
Menurut Datuk Mohd Noor, kita tidak seharusnya menganggap teras negara ini terdiri drp kaum Melayu, Cina dan India. Pendapat itu adalah salah. Ini kerana tiada termaktub didalam Pelembagaan Malaysia definasi Cina & India sebagai teras. Jangankan teras, definasi Cina dan India juga tidak disebut langsung dalam Perlembagaan. Sebaliknya yang disebut ialah orang Melayu, Bumiputera Sarawak & Bumiputera Sabah. Yang menjadikan susur galur kedua bangsa itu memperoleh kerakyatan ( jadi rakyat malaysia) adalah kerana syarat yg dikenakan pihak Inggeris kepada tanah melayu dlm memperjuangkan kemerdekaan. Memang benda macam ini boleh mencetuskan perkauman. Tapi harus diingat, setiap parti politik yg bergerak aktif skrg sebenarnya memperjuangkan kepentingan kaum masing2. Kecuali PKR - memperjuangkan kepentingan ketuanya. Jadi aku rasa tidak timbul soal isu perkauman dlm konteks ini jika bangsa2 ini faham siapa mereka di sini dan siapa org melayu disini.
Sejarah juga menunjukkan Malaysia ini adalah di gugusan kepulauan melayu, tanah melayu. Gususan ini termasuk juga dgn Indonesia, Brunei, Filipina. Sudah jelas bahawa tuan tanah disini ialah org melayu, tetapi kenapa mesti ada pihak yg masih mahu mempertikaikan hak serta keistimewaan org melayu. Setiap negeri2 melayu ada raja@ sultan yg memerintah. Jika dahulu kuasa sultan adalah kuasa mutlak tetapi kerana dasar berperlembagaan negara menjadikan raja negara ini sebagai raja berperlembagaan dimana kuasa raja itu sendiri terhad. Perdana Menteri adalah pemerintah negara.
Menurut Datuk Mohd Noor lagi, menurut perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri drp 5 kaum. Tentu kita tertanye2 kenapa 5? sedangkan yg kita selalu ingat dan laungkan 3 sahaja. 5 kaum itu sebenarnya terdiri drp, pertama Orang Asli. Org melayu jatuh nombor 2 kerana dari segi sejarah, org asli yg mula2 sampai di gugusan tanah melayu ini diikuti orang melayu. Ketiga, kaum bumiputera Sarawak dan keempat bumiputera Sabah. Kaum cina dan India tidak disebut sebaliknya disebut sebagai lain-lain kaum.
Dahulu ada yg menghujahkan bahawa org melayu juga adalah pendatang kerana penduduk asal adalah org Asli. Itu benar, tetapi menurut Datuk Mohd Noor, kita harus melihat secara keseluruhan; semasa empayar China, berpindah dari Han ke Chin atau Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia, adakah berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah, tp hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga dgn melayu, tidak berpindah tetapi bergerak dalam gugusan kepulauan melayu shj. Akibat drp kedatangan penjajah Inggeris, mereka memecah belahkan gugusan2 ini. Indonesia diberi kpd Belanda, tanah melayu kepada Inggeris. Jadi, siapa org luar? org2 yg mempertikaikan hak istimewa org melayu itu ialah org2 yg dibawa masuk dr dunia luar. Bukan dari kelompok gugusan melayu. Seharusnya mereka berterima kasih kerana diterima baik sebagai rakyat dalam gugusan melayu dan menjadi bangsa yg kuat disini. Jadi, sebagai balasan kerana melayu sudah memberikan kerakyatan kepada mereka, Org Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. 3 keistimewaan yg kita sbg org melayu perlu tahu dan ingat; pentadbiran negara ini diberi kpd org melayu, pelajaran dan biasiswa diberi kpd org melayu. Permit dan perniagaan diberi kpd org melayu memandangkan dahulu kehidupan org melayu jauh ketinggalan dan keciciran. Penjajah menitikberatkan kebajikan pendatang berbanding org melayu. Mungkin tidak mahu org melayu pandai dan berfikir utk memerintah sendiri ketika itu.
Hakikatnya, jiwa org Cina dan India ini tidak pernah luput dari mengingati negara asal mereka. Walopun mereka dilahirkan di malaysia, tetapi semangat juang asal usul mereka tetap utuh di hati. Jadi, apa gunanya mereka menggelarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia, jiwa Malaysia? hanya kerana jumlah kaum ini yg mungkin lebih ramai berbandiang kaum peribumi lain menyebabkan mereka disebut sebagai teras negara hinggakan teras asal ( peribumi sabah, sarawak & org asli ) dipinggirkan.
Ahh.. sentimen perkauman terlalu sensitif utk dibicarakan. Jika mereka mengerti, mereka tidak akan marah sebaliknya akan lebih sedar diri kerana tuan negara ini ialah melayu dan mereka hanya pendatang yg diberi hak kerakyatan berdasarkan syarat utk merdeka. Aku tidak akan beremosi jika tiada isu2 mengenai pertikaian hak org melayu ini timbul, tp bila ada mmg aku rasa tercabar kerana aku org melayu. Walopun aku mungkin bukan pejuang negara, pejuang bangsa melayu yg hebat tp aku adalah salah seorang yang berusaha dalam memperjuangkan nasib org2 melayu. Para pemimpin negara harus lebih peka tentang perkara ini. Tidak perlu lagi melaungkan rakyat malaysia terdiri dari 3 teras utama, sebaliknya 1Malaysia tp jangan la sampai Salam 1Malaysia (tanpa ucapan Assalamualaikum) plak...agak keterlaluan aku rasa. Sebagai org melayu yg beragama islam, teruskanlah mengucapkan Assalamualaikum dan tidak salam di ikuti dengan salam 1Malaysia sebagai muhibbah dan menunjukkan bangsa Malaysia yang bersatu.
Hakikatnya sebenarnya, tidak timbul soal diskriminasi terhadap kaum Cina dan India kerana segala yg termaktub dalam Perlemabagaan sudah dipersetujui oleh wakil masing2. Jadi, jangan lupa tentang itu!


*Aku - Semoga Malaysia terus aman dan org2 melayu yg penuh dgn agenda busuk itu berhenti dari memecahbelahkan org melayu yg lain!

6 ulasan:

6ky Angel berkata...

bagus.. i pun z suka.. org mempertikaikan.. apa benda yg org melayu dpt.. tp.. my ofis.. semua mcm nk tindas melayu.. sbb bos i pun cina.. nk buek mcm mana

-azura- berkata...

Yani : skrg ni di mana2 pon mmg ramai org yg nak menindas kita. Sedangkan org melayu kita sendiri pon boleh buat mcm tu kat bangsa sendiri apatah lagi bangsa lain. Semuanya kerana perasaan hasad dengki dan juga tamak, kalo tidak, takde la reformasi yg dikuasai pemikiran kolot org2 melayu kita. Anyway, mcm kes u kat ofis, hati2 la yea.. jgn sampai u hilang sumber periuk nasi u sudah!

Zampeada berkata...

vah2 membara semangat patriotik aku bila baca... hidup azura!

-azura- berkata...

zam... hidup aku, hidup ko jugak.. sama2 la kita hidup aman di bumi malaysia nih! :)

fndrocka berkata...

hujah2 dlm entri ni amat berguna dan bermanfaat..salam merdeka!

-azura- berkata...

fndrocka : Tq2x.. patriotik tak aku..?? hahaha